“ Moga membesar jadi anak solehah,” – Nubhan Kongsi Wajah Anak, Beri Nama Afzan Nayille

Penyanyi Nubhan Ahamad berkongsi nama anak bongsunya dalam satu perkongsian terkini di Instagram, hari ini.

Sambil berkongsi foto keluarga, Nubhan turut mendedahkan makna sebalik nama yang dipilih bersama isteri, Dr Afifah Hidayah Tawfek.

“Assalamualaikum Afzan Nayille binti Ahmad Nubhan. Baby masih berpantang di @paramountpostpartum, balik cepat ya Lili! Abah dah krem pinggang nk berulang Melaka.

“Afzan : kemenangan, Nayille : rahmat (grace). Semoga membesar jadi anak solehah ya anak ku,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

Rata-rata peminat turut sama tumpang gembira menatap wajah anak bongsu pasangan ini selain turut menitipkan doa yang baik-baik buat mereka seisi keluarga.

Terdahulu, Dr Afifah selamat melahirkan anak ketiga mereka 12 Januari lalu. Bayi perempuan seberat 3.37 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Negeri Sembilan kira-kira pukul 11.45 pagi.

Untuk rekod, Nubhan dan isteri berkahwin pada 2015 dan pasangan ini turut dikurniakan dua cahaya mata, Aafiya Kamilia berusia empat tahun dan Ahmad Aaffan, dua tahun.

Menjengah ke ruangan komen, para netizen juga turut memuji kecomelan dan nama yang membawa maksud yang baik dan cantik anak bongsu penyanyi tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment