Nynaa Harizal syukur doa untuk kembali bersama suami dimakbulkan – “Hanya ajaI boleh memisahkan kita”

SYUKUR… itulah perkataan yang dilafaz Nynaa Harizal selepas konflik rumah tangganya dengan Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas dapat diselesaikan dengan baik.

Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25, berkongsi foto perkahwinan dengan luahan rasa syukur apabila doanya untuk kembali bersama suami dimakbulkan Allah.

“Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya. Saya sangat bersyukur dapat kembali ke tempat saya berada.

“Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa bermakna anda kepada saya. I love you so much my husband @fahmiilyas. Sehingga ajaI memisahkan kita,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian Nyna mendapat perhatian rakan artis dan peminat yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka berdua.

ninaa3

Hubungan rumah tangga Nynaa dan Fahmi berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyuz dalam perhubungan mereka.

“MasyaAllah, Nynaa Alhamdulillah… Alhamdulillah… semoga Allah SWT memudahkan segala urusan untuk you dear.

“Doaku dari jauh… semoga bahagia hingga ke jannah. Alhamdulillah, so happy for both of you. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah,” antara komen rakan artis dan peminat.

Pada Rabu, pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu bagi sebutan kes tuntutan nusyuz yang difailkan suaminya 12 November lalu.

Bagaimanapun hubungan rumah tangga itu berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyuz dalam perhubungan mereka.

Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya. Saya sangat bersyukur dapat kembali ke tempat saya berada.

NYNAA HARIZAL

PELAKON

Konflik rumah tangga pasangan ini tercetus pada 3 November lalu apabila Mohamed Fahmi tidak mengetahui keberadaan isterinya namun mengesyaki Nynaa pada ketika itu berada di kediaman keluarga mentuanya di Johor selepas ‘dilarikan’ tanpa kebenarannya.

Kemudian pada 11 November lalu, Fahmi membuat tuntutan nusyuz agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.

Permohonan itu difailkan Fahmi selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria.

NIAA3

Nynaa kembali di sisi suaminya Fahmi Ilyas.

Manakala, Nynaa pula memfailkan permohonan cerai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor pada 10 November lalu.

Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment