“Dia pernah datang kat Paknil masa dia jadi….”- Pak Nil Kongsi Azam Remy Ishak Dalam Dunia Seni

Jumaat lepas berlangsungnya Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang diadakan di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Dalam acara tersebut, filem arahan Emir Ezwan berjudul r0h diangkat sebagai Filem Terbaik.

r0h yang dibintangi oleh pelakon hebat Namron, Farah Ahmad, June Lojong itu sekali gus menewaskan saingan terdekatnya iaitu Sangkar, Fly By Night dan Ejen Ali The Movie.

Remy Ishak Menang Menerusi Filem Sangkar

Filem Sangkar turut membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik iaitu Zul Arifin, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Remy Ishak dan Tatarias Terbaik dan Penataan Seni Terbaik.

Kemenangan kedua-dua pelakon lelaki hebat tersebut mendapat perhatian warganet dan golongan selebriti di media sosial.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Remy Ishak (@remyishak)

Paknil Kongsi Azam Remy Ishak

Kejayaan tersebut turut dikongsi oleh pengacara, pelakon, penyanyi, pengarah dan bekas penyampai radio di Malaysia, Datuk Aznil Hj Nawawi menerusi laman Instagram miliknya. Kongsi Pak Nil, pada awalnya Remy Ishak yang merupakan ‘waiter’ di Mandarin Oriental datang kepadanya untuk memberitahu niatnya untuk menjadi pelakon.

Dia pernah datang dekat Paknil masa dia jadi ‘waiter’ kat Mandarin Oriental dan bagi tahu dia nak jadi pelakon! Sekarang dia adalah SENIMAN TERBAIK!!

Tidak Akan Berhenti Bercerita

via Instagram aznilnawawihm

Tambah Pak Nil lagi, dia tidak akan berhenti bercerita mengenai azam Remy Ishak kepada umum untuk dijadikan contoh kepada semua dalam memburu impian.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata bersetuju dan mengucapkan tahniah kepada Remy Ishak atas trofi yang dianugerahkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Murai my

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment