Berani betul! Siapa gerangan wanita pakai viel hitam berlegar di penempatan tingg4lan menjelang senja?

MEREMANG bulu roma menyaksikan video menunjukkan seorang gadis bersend1rian dalam persalinan busana hitam.

Menerusi video yang kelihatan suram, aksinya yang turut memakai viel rona sama menimbulkan tanda tanya.

Lagu yang dipetik daripada runut bunyi filem ser4m Indonesia, Pengabdi Setan sebagai latar belakang video menambah misteri siapa gerangan wanita ‘viel hitam’ itu.

Bercakap kepada mStar, wanita berkenaan, Khairunnisa Assila Saharudin berkata, dia tidak menyangka videonya meraih perhatian di laman sosial dengan begitu banyak komen netizen.

Lebih mesra disapa Neysa, viel hitam tersebut dibeli secara dalam talian dan pada asalnya digunakan untuk rakaman video konten melibatkan seorang model.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya suka rakam video dan kongsi di laman sosial. Viel hitam tu dibeli pada harga RM13.50 untuk dijadikan props untuk rakaman bertemakan gothic.

“Tapi rancangan tak menjadi sebab model tersebut tak free pula. Jadinya saya buat video rakaman d1ri send1ri dengan bantuan seorang rakan,” katanya ketika dihubungi.

viel seram 5

Viel hitam dibeli Neysa secara dalam talian.

Wanita berusia 27 tahun itu memberitahu, lokasi penggambaran video tersebut diadakan dekat Sungai Buloh, Selangor yang menempatkan rumah-rumah lama bekas pes4kit kusta.

Menurut Neysa, dia mengakui cakap-cakap segelintir masyakat mengenai kawasan itu yang dikaitkan dengan kisah ser4m dan mist1k.

“Ada yang kata timbul perasaan tak best melihat rumah-rumah tinggal bila lalu di situ. Ada juga yang cakap tempat di situ ‘keras’.

“Tapi saya tak rasa takut walaupun selalu berjoging di situ pada waktu petang. Bagi saya, tempat tu cukup estetik,” ujarnya yang menetap di Sungai Buloh.

viel seram 2

Salah satu rumah di lokasi penggambaran.

Namun anak kedua daripada tiga beradik itu mendedahkan rakaman dibuat pada lewat petang, sekali gus menghidupkan suasana sunyi dan suram.

“Memang rancang untuk pakai serba hitam termasuk viel. Mula rakam pada pukul 6.30 petang dan selesai pada waktu senja selepas pukul 7 petang.

Ada yang kata timbul perasaan tak best melihat rumah-rumah tinggal bila lalu di situ. Ada juga yang cakap tempat di situ ‘keras’

KHAIRUNNISA ASSILA SAHARUDIN

“Saya tak pakai mekap pun, semuanya dilakukan secara spontan. Saya cuma pakai lip gloss dan lukis kening,” katanya yang bertugas dalam pemasaran media sosial di sebuah syarikat penerbangan.

Menurut Neysa yang meminati filem seram dan misteri, The Exocism of Emily Rose dan Marlina the Murderer in Four Acts, dia tidak menyangka videonya memakai viel hitam di aplikasi TikTok membangkitkan mood ser4m dalam kalangan netizen.

viel seram 3

Gaya misteri Neysa menambah mood suram dan sunyi.

“Pada asalnya saya guna lagu lain untuk video tu. Tapi macam-macam versi lagu dibuat netizen sehinggalah saya memasukkan versi baru dengan lagu daripada filem Pengabdi Setan.

“Saya buat rakaman video sebagai content di laman sosial sekadar suka-suka. Tak ada pengalaman pun, hanya belajar send1ri dari YouTube mahupun tengok video orang lain.

“InsyaAllah saya akan teruskan buat video-video menarik. Tapi jujurnya lokasi tu walaupun ada yang kata ser4m, tapi pemandangannya sebenarnya cukup unik dan cantik,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment