“Pakaian Cikgu Macam Model..ketat..sendat sampai nampak…”

Guru dianggap sebagai role model bagi pelajar-pelajar di sekolah disebabkan itu mereka perlu menunjukkan contoh yang baik dan boleh diikuti oleh anak murid.

Namun, peredaran masa dan fesyen zaman kini sedikit sebanyak mempengaruhi penampilan warga pendidik wanita terutamanya, sehinggakan ia dikatakan keterlaluan.

Bimbang dan prihatin dengan situasi berkenaan, Ustazah Asma’ Harun telah memberikan teguran dalam satu sesi ceramah bertajuk ‘Guru: Antara Kerjaya dan Keluarga’ baru-baru ini.

Menerusi TlkTok, seorang pengguna telah berkongsi snippet rakaman ceramah itu berkaitan pemakaian guru-guru wanita pada zaman sekarang. Meminta maaf dahulu kerana memberikan teguran, ustazah Asma’ berkata baju yang dipakai guru wanita masa kini ketat, sendat dan juga tudung pun singkat.

Selain pakaian yang kurang sopan itu, ustazah Asma’ turut menegur guru wanita yang hadir ke sekolah dengan solekan yang tebal.

Dengan pakai ketat…sendat…Tudung singkat nampak jelas bahagian dada. Berjalan nampak bentuk pinggul.

Bukan itu sahaja, menurutnya lagi pemakaian sebegit sebenarnya menjatuhkan marvah guru wanita terbabit selain turut mengganggu pelajar lelaki yang sudah baligh.

Perkongsian dan tegurannya mendapat pelbagai respon daripada warganet termasuklah golongan guru sendiri.

Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan apa yang dikatakan ustazah Asma’ dan segelintir berpendapat sepertinya yang mencadangkan agar guru diberikan pakaian seragam.

Sumber : Ohmedia   via isu kini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

2 thoughts on ““Pakaian Cikgu Macam Model..ketat..sendat sampai nampak…””

Leave a Comment