“Mengaji Sambil Pandu Kereta..” Bella Astillah Dalami Agama, Seiring ‘Hijrah’ Suami

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengakui sedang dalam proses bagi mendalami ilmu agama seiring dengan perubahan ‘Islamik’ suaminya yang juga penyanyi Singapura, Aliff Aziz.

Menurut laporan Kosmo! Online, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia meluangkan masa untuk mengikuti kelas agama bersama rakan-rakan artis hampir setiap hari.

“Saya mendapat tunjuk ajar kelas agama daripada Salima Habibi bersama rakan-rakan artis wanita lain.

“Kami ada grup dan akan sentiasa cari masa untuk belajar ilmu agama. Macam saya tengah bawa kereta pun, tetap akan mengaji. Walaupun Amyra Rosli tengah shooting, tengah berhenti solek, dia pun sama.

“Jadi, kita nampak usaha semua orang. Sebenarnya, semua bermula daripada ‘zero’ di mana kita mula daripada ‘alif ba ta’ sebab nak perbaiki sebutan dan perkara itu bagus. Orang cakap, semua sama level,” katanya.

Selain itu, penyanyi berusia 27 tahun itu mengambil dari sudut positif apabila suaminya menyertai program Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) meskipun Aliff juga dalam fasa mendekatkan diri kepada agama.

Sebelum ini, Aliff atau nama penuhnya Mohamad Aliff Aziz melalui pelbagai fasa kontr0versi berhubung rumah tangganya sebelum berjanji untuk berubah dan kini dilihat aktif menyertai jemaah tabligh.

Sumber: Kosmo Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:isu viral

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment