“Mat Saleh Mana Ada Pantang” – Vivy Yusof

Berpantang selepas kelahiran merupakan proses yang sering dilalui oleh kebanyakan ibu di Malaysia. Ketika menjalani proses ini, segala gerak geri dan gaya pemakanan terbatas, sehinggalah waktu berpantang tamat.

Begitupun, tidak semua individu melalui proses berpantang yang serupa dan ‘rela’ duduk di rumah sehingga sebulan lamanya. Hal ini turut dirasai oleh usahawan terkemuka, Vivy Yusof.

Menerusi perkongsiannya di Instagram baru-baru ini, Vivy bercerita kembali momen-momennya melalui proses berpantang untuk empat cahaya matanya, Daniel Azim Shah, 9, Mariam Iman Shah, 7, Sarah Ilham Shah, 4 dan Idris Ali Shah yang baru sahaja dilahirkan pada 22 November tahun lalu.

“Setiap hari, saya sering diberitahu untuk berpantang dengan betul. Jika kamu tidak biasa dengan tradisi, setiap kali ibu bersalin, dia perlu berpantang sekurang-kurangnya 30 hari. Bahan-bahan herba, minuman halia, tidak boleh minum ais, urut batu panas setiap hari, bengkung super ketat dari siang hingga malam dan stokin. Dan tidak keluar.

“Saya dikenali oleh orang tersayang (dan mungkin juga kamu jika kamu telah mengikuti keempat-empat kehamilan saya) untuk men1pu ketika berpantang. Setiap kali bersalin, saya beritahu Fadza ‘Ok I’m gonna do it correctly this time.’ Dia hanya mengangguk walaupun dia tahu perkara itu tidak akan berlaku – saya sangat deg1l.

“Kelahiran pertama dengan Daniel, saya berpantang di rumah ibu bapa jadi saya memang tak boleh men1pu. Kelahiran seterusnya, saya belajar lakukan di rumah saya sendiri, di mana ibu saya tidak dapat melihat saya seperti seekor helang,” ujar Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 35.

Menurut Vivy, dia bukannya tidak mahu berehat denga betul. Tetapi tidak tahan dengan cabaran untuk terus duduk di rumah.

“Sebaik sahaja saya rasa badan saya telah sembuh dan doktor telah memberi saya arahan untuk melakukan perkara biasa semula, saya gatal untuk kembali bekerja. Kemudian saya akan mendapat syarahan oleh ibu dan ibu mertua. ‘Mat Saleh mana ada pantang-pantang macam ni, and they’re fine,’ saya akan berdebat dengan mereka.

“Kehidupan saya sentiasa ‘go go go’ sehingga saya berasa sukar untuk duduk di rumah dan tidak bekerja selama 30 atau 44 hari. Saya tinggal bersama CEO saya, jadi apabila mendengar dia bermesyuarat dalam talian telah membuatkan saya sangat fomo (t4kut ketinggalan) dan segera ingin menyelesaikan setiap permasaIahan yang timbul.

“Selain itu, akan selalu ada sesuatu – temu janji, deadlines, pembukaan kedai, dan peluang dalam kerjaya. Sebagai seorang usahawan, mesti akan ada sesuatu. Dalam masa yang sama, saya mempunyai tiga anak-anak yang perlukan rambutnya dipotong, peralatan sekolah, playdates dan lain-lain. Sehinggakan saya berasa tervk jika mahu lepaskan semua itu kepada Fadza sepenuhnya

“Berpantang secara penuh nampaknya mustahil pada zaman ini, sejujurnya. Bagaimana kamu hanya berehat dan duduk… tanpa rasa bersaIah? Tolong!” tutup Vivy.

Untuk rekod, Vivy mendirikan rumah tangga dengan Datuk Fadzaruddin Shah pada Julai 2012.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: https://gempak.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment