Rupanya Bkan Calang2 Pasangan Zulin Aziz

Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon, Zulin Aziz,33, yang telah selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya, Farhan Norzaini, 35, kira-kira 9.00 malam pada Jumaat.
Majlis diadakan secara tertutup dan sederhana selain dihadiri m keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di kediaman abang bintang berkenaan di Segambut Dalam, Kuala Lumpur.

Pada majlis berkenaan, Zulin Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, menerima dua bentuk cincin (merisik dan bertunang) daripada tunangnya.

“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Sebenarnya sudah lama kami merancang, akhirnya Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.

“Majlis pada malam ini jugs diadakan serba ringkas. Malah atas permintaan keluarga kami hanya menjemput keluarga terdekat sahaja demi menjaga prosedur operasi standard ( SOP),” katanya.

Ditanya mengenai Farhan yang berjaya memenangi hatinya sehingga terbuka hati untuk memilih lelaki itu sebagai teman sehidup semati, Zulin percaya Farhan mampu membimbingnya ke jalan yang diredai.

“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya,” katanya.

Sementara itu, Farhan menyifatkan Zulin sebagai seorang yang ikhlas selain pandai mengambil hati keluarganya.

“Dia berada bersama saya di saat saya mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika saya kehil4ngan arw4h ibu pada Oktober tahun lalu.
“Di situ saya tahu bahawa dialah wanita yang saya mahu sehidup sem4ti.

Malah arwh ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwh menjaga saya. Dan Zulin ada ciri-ciri itu,” kongsinya.

Menyingkap momen saat pertama kali mereka berkenalan, Farhan akui dia terlebih dulu memberanikan diri menghantar mesej kepada Zulin menerusi Instagram (IG) selepas menonton rancangan Melodi di TV3.

“Waktu itu saya sedang menonton rancangan Melodi bersama arw4h ibu. Kebetulan ada paparan cerita Zulin tak jadi kahwin. Lepas to arw4h ibu cakap dia rasa kasihan dengan Zulin. Malah tak semena mena, arw4h ibu tiba-tiba cakap tak kisah andai Zulin menjadi menantunya.

“Seterusnya, adik saya yang mendesak supaya mengirimkan mesej Iangsung kepada Zulin di IG. Saya memberanikan diri dan tak sangka dia membalas mesej. Masa itu saya fikir tak mungkin Zulin membalas mesej itu kerana saya hanya orang biasa di antara jutaan pengikutnya yang lain,” kata Farhan.

Pasangan ini menetapkan tempoh kurang dari sebulan untuk ikatan pertunangan dan merancang untuk berkahwin pada 20 Februari 2022.
Pasangan sama cantik sama padan itu saling rapat sejak dua tahun lalu selain menjadi rakan kongsi perniagaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : MH   via isu viral

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment