Tak Sedar L4nggar Budak Sekolah Melintas Jalan, Pemandu Van Dit4han Polis

Semalam, viral satu video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dil4nggar sebuah van sekolah di hadapan sebuah tadika di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi.

Mangsa yang mengalami keceder4an p4rah di bahagian kepala telah dikejarkan ke hospital sebelum disahkan men1nggal dunia.

Pemandu van dit4han polis

Terbaru, Kosmo melaporkan bahawa pemandu van terbabit yang merupakan seorang wanita berusia 31 tahun telah dit4han untuk s1asatan lanjut. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat, k3s ini akan dis1asat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mengulas lebih lanjut, Azman Shariat berkata, insiden ngeri itu berlaku sekitar jam 12.10 tengah hari selepas pemandu selesai menurunkan penumpang. Sebelum kejadian, pemandu van tersebut dikatakan mengambil m4ngsa dari sebuah sekolah berhampiran untuk di hantar ke pusat transit sebelum ke sekolah KAFA.

Pemandu van berkenaan telah memandu ke hadapan tanpa menyedari telah mel4nggar s4lah seorang pelajar perempuan yang juga penumpang van tersebut ketika m4ngsa sedang melintas di hadapan van terbabit.

Terdahulu, video berdurasi satu minit 26 saat yang viral di media sosial telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa terk1lan dengan sikap pemandu van terbabit yang did4kwa mengabaikan keselamatan penumpang.

Sumber: Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:OHBULAN

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment