Penampilan Terkini Nasha Aziz Selepas Lama Menyepi Jadi Bualan Netizen

Susah betul nak mengikuti perkembangan peragawati dan pelakon Malaysia, Nasha Aziz. Manakan tidak, Nasha tidak sama seperti artis-artis tempatan yang lain yang aktif di media sosial.

Seperti mana yang kita tahu, Nasha Aziz akan memasuki usia 50 tahun pada Mei ini, namun dia kelihatan seperti tak dim4mah usia dan kekal seperti remaja.

Kecantikan luar biasa Nasha telah dibuktikan melalui sebuah foto yang dimuat naik oleh jurusolek profesional Khir Khalid tanpa suntingan dan filter.

Cuba mendekati Khir sebagai jurusolek artis atau ‘makeup artis’ yang bertanggungjawab memberikan sentvhan magis pada wajah Nasha sehinggakan dia kelihatan luar biasa.

Siapa sangka selepas 10 tahun, Khir akui dia sangat teruja kerana berpeluang bekerja semula dengan wanita yang merupakan inspirasi buatnya.

“Bagi saya nasha seorang sukar untuk didekati. tetapi sebagai seorang makeup artis, saya begitu teruja bila dapat tahu akan bekerja dengan Nasha.

“Ini kerana pada zaman kegemilangannya di era-90an, dirinya menjadi dambaan ramai untuk menjadi penghias kulit maj4lah, iklan TV, dan bila jadi pelakon, dia menjadi rebutan pengarah filem terkenal,” katanya.

Bertanya mengenai penampilan Nasha yang luar biasa pada foto tersebut, ini rahsia yang dib0ngkarkannya.

“Sebenarnya, solekan pada wajah Nasha sangat minimalis dan tidak begitu tebal. Matlamat saya hanya mahu menjadikan Nasha umpama bidadari dan semua orang tahu dia memang cantik secara semula jadi.

“Walau bagaimanapun, semasa wajah Nasha disolek, saya menggunakan ‘face tape’ untuk menegangkan wajahnya supaya nampak lebih menawan selain menggunakan teknik makeup ringkas dan polos. Cuma saya hanya tambah seri wajahnya dengan ‘highlighter,” kongsinya.

Akui lebih senang bekerja dengan artis-artis lama, Khir berkata, mereka mempunyai pesona yang tidak ada pada artis zaman sekarang.

“Cara mereka datang ke set, dan mereka akan biarkan makeup artis untuk buat apa-apa pun di wajah mereka.

“Zaman dah berubah, tapi saya sangat rindukan pesona artis-artis zaman dahulu. Memang berbeza!” katanya.

Berkongsi pengalaman bekerja dengan Nasha, Khir mended4hkan, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-17 ini sememangnya sangat berbakat dalam menjiwai watak.

“Terus terang saya cakap, Nasha ada karakter tersendiri. dia akan mesra dengan orang sekitarnya. kalau bercakap pasal cerewet, sudah semestinya setiap artis itu harus teliti dan pandai memilih. tetapi nasha tahu dengan siapa dia bekerja malah dia kenal siapa yang hebat dalam industri ini. dia tahu hasil kerja orang yang bekerja dengannnya. bagi saya, tiada masalah tatkala bekerjasama dengannya.

“Mungkin ramai tak tahu, nasha seorang yang sangat ceria. sangat mengagumkan, dari hasil solekan di wajahnya, nasha mampu membawa watak tertentu ketika dia menggayakan dirinya ke cermin. tak kira sama ada menjadi model atau pelakon, dia akan membawa watak dengan berk3san. Itulah Nasha Aziz, tetap unggul sampai bila-bila,” katanya.

PENAMPILAN TERKINI NASHA AZIZ DI KLFW TARIK PERHATIAN RAMAI

VIDEO :

komen netizen:

Sumber:youtube

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : KLmenjerit

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment