“Pengganti Juni0r Marsha” Anak Stacy Nyanyi Lagu Cinta, Netizen Ulang Banyak Kali

Rasanya persembahan lagu Cinta daripada Marsha Milan di pentas Anugerah Juara Lagu yang ke-36 baru-baru ini masih bermain-main di fikiran. Manakan tak, cukup padu nyanyiannya sehingga berjaya membawa pulang dua trofi kemenangan AJL36.

Persembahan Marsha Milan membawakan lagu tersebut berjaya memikat hati juri dan pendengar serta telah memenangi kategori Persembahan Terbaik dan kemantapan vokal Marsha Milan membuatkan dia dinobatkan sebagai naib juara.

Walau bagaimanapun, pasti ramai yang tidak tahu bahawa lagu Cinta yang merupakan hasil ciptaan, Hang Nadim dan Bunga Cantik adalah pasangan penyanyi popular, Akim Ahmad dan Stacy.

Kemenangan mereka ternyata membuatkan ramai begitu tumpang gembira namun terbaharu tular pula satu rakaman video yang dapat didengar sedikit suara anak Akim Ahmad dan Stacy.

Apa yang menariknya, anak pasangan penyanyi ini sempat menyanyikan sedikit lagu Cinta ciptaan mereka itu sambil memegang trofi kemenangan baru-baru ini.

Nampaknya suara anak Akim Ahmad dan Stacy berjaya memukau warganet apabila dipuji merdu dan membuatkan ada juga yang mengulang tayang mendengarkan nyanyiannya.

“Ulang banyak kali, comey terukk family niii”

“Aaaku berlari, pandai dia nyanyi”

“Suara Eshaal ni sedap lah tak lama lagi. Dia nyanyi ‘aaaku’ pun dah merdu…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : hcl

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment