Terkini! Pengumuman Menteri Kewangan, DS Zafrul Melegakan Kebanyakan Rakyat Malaysia

PETALING JAYA – Tempoh panjang pembayaran semula sewa beli kenderaan bagi peminjam yang mengambil moratorium dengan pihak bank bergantung kepada keadaan kewangan pengguna.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tempoh bayaran lebih panjang ditawarkan pihak bank merupakan opsyen yang diberikan kepada peminjam bagi meringankan beban mereka.

“Setiap bank mempunyai skim berbeza. Ia bergantung kepada anda dan pihak bank. Jika boleh bayar dalam tempoh 12 bulan, buat 12 bulan. Kalau 24 bulan, buat 24 bulan.

“Paling penting adalah kerajaan berjaya yakinkan semua bank untuk menawarkan moratorium bagi meringankan beban rakyat,” katanya pada sidang akhbar Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) hari ini. – K! ONLINE

Moratorium merupakan kehendak rakyat

PETALING JAYA – Pemberian moratorium oleh bank-bank seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam merupakan kehendak golongan yang terjejas dengan C0vld-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bermatlamat membantu aliran tunai bagi mereka yang terkesan terutamanya golongan B40, M40 dan T20.

“Jadi masa kita turun padang, inilah yang mereka mahukan iaitu pertolongan. Kita cakap dengan bank-bank agar tolong semua tidak kira sama ada yang terkesan atau tidak.

“Jadikan proses itu lebih mudah, yang mana mereka hanya perlu buat permohonan dan kelulusan akan diberika secara automatik,” katanya Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, moratorium ditawarkan kali ini juga sama seperti yang terdahulu iaitu ia tidak bebas faedah. – K! ONLINE

Agong titah Parlimen perlu diadakan segera

PETALING JAYA- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara sebentar tadi.

Turut hadir pada sesi menghadap bermula pukul 11 pagi itu ialah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad serta dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon serta Datuk Seri Azalina Othman Said.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Selain itu, Seri Paduka menzahirkan pandangan bahawa semua Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Parlimen ke-14 hendaklah meneruskan sesi mesyuarat untuk pelaksanaan mekanisme semak dan imbang bagi menjamin takbir urus telus serta dan bertanggungjawab,” katanya.

Sesi menghadap tadi dibuat susulan daripada sesi Perbincangan Khas Raja-Raya Melayu pada 16 Jun lalu. -K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Leave a Comment