Penyampai menangis teres4k-es4k, gagal tahan air mata ketika lapor kisah Rayan

SEORANG penyampai berita gagal menahan seb4k ketika membaca laporan mengenai kes kanak-kanak Maghribi, Rayyan Awram yang terper4ngkap dalam perigi sedalam 32 meter.

Personaliti televisyen itu dilihat menangis teresak-esak gara-gara terlalu hiba dengan laporan berkenaan.

Sedutan video mengenai penyampai wanita itu turut dikongsi ke aplikasi TikTok sehingga meraih 2.9 juta tontonan.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Terdahulu pada Ahad pagi, Istana Diraja Maghribi mengesahkan kanak-kanak berusia lima tahun itu telah men1nggal dun1a.

Raja Maghribi, Raja Mohammed VI membuat panggilan telefon kepada ibu bapa Rayan, Khaled Awram dan Wassima Khersheesh, untuk mengucapkan takziah kepada keluarga atas kematian tr4gis kanak-kanak tersebut, kata pihak istana dalam satu kenyataan.

Istana Diraja Maghribi pada Ahad pagi mengesahkan kanak-kanak berusia lima tahun itu telah men1nggal dun1a.

Rayan terper4ngkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa.

Pasukan penyelamat berusaha tanpa henti bagi menyelamatkannya termasuk membawa masuk jentolak untuk menggali tanah yang membolehkan mereka memasuki ke dalam untuk menyelamatkan kanak-kanak malang itu.

Rayan men1nggal dun1a sebelum pasukan penyelamat berjaya membawanya keluar dari lubang perigi.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment