“Jangan Terlalu Mengharap Suami” – Ini Pesanan Che Ta Buat Para Isteri

Sempena Hari Wanita Sedunia 2022 semalam (Selasa), aktres terkenal Rozita Che Wan, secara peribadi sempat berkongsi makna disebalik sambutan itu untuk dirinya

Pelakon berusia 49 tahun yang mesra disapa sebagai Che Ta itu berkata, seorang wanita itu perlua menjadi individu serba boleh.

Memetik laporan Harian Metro, kata Che Ta, wanita juga perlu bekerja keras dan kuat dalam melayari perjalanan hidup yang penuh ranjau.

“Wanita atau isteri perlu ada di belakang suami tetapi pada masa kini kita harus ubah persepsi itu. Wanita perlu berdiri sama tinggi dengan mereka.

“Saya ada pengalaman, suami bekerja tetapi saya tidak. Namun, apabila kita mempunyai karier sendiri, suami akan menghormati.

“Wanita atau isteri jangan terlalu bergantung harap pada suami. Lelaki ada dua sahaja, sama ada dir4mpas atau meningg4l dunia. Kalau suami diambil orang, biarkan dan jangan men4ngis,” katanya.

Pengalaman melihat ibunya membesarkan mereka tujuh beradik selepas kematlan bapa juga mempengaruhi cara Che Ta mengendalikan kehidupannya.

Katanya, bapa mereka meninggal ketika ibunya berusia 35 tahun dan masih berpantang selepas melahirkan adik bongsu Che Ta. Namun, ibunya tidak mengharapkan ihsan orang lain tetapi bekerja keras menyara keluarga.

“Keadaan itu membuatkan saya nampak macam mana usaha dan kerja keras mak,” katanya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : CARI

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment