Preity Zinta Bakal Timang Anak Kembar, Ramai Artis Bollywood Ucap Tahniah!

Pelakon bollywood terkenal Preity Zinta berkongsi berita gembira bersama pasanganya di Instagram, di mana pasangan tersebut bakal menimang cahaya mata kembar tidak lama lagi.

5 Tahun Menanti Cahaya Mata

Untuk rekod Preity Zinta telah mend1rikan rumahtangga bersama suaminya Gene Goodenough pada tahun 2016, walaupun lima tahun lebih mengharungi alam rumah tangga tanpa kehadiran cahaya mata namun hubungan suami isteri ini tetap harmoni.

Bakal Timang Anak Kembar Guna Kaedah Ibu Tumpang

Dan kini pasangan sejoli ini berkongsi berita gembira, di mana mereka bakal menimang anak kembar melalui kaedah ibu tumpang.

Pasangan sama padan ini sudah siap sedia dengan nama untuk bayi mereka iaitu Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough, dan mereka berdua nampaknya tidak sabar menerima kehadiran ahli keluarga baru mereka.

Foto – Instagram @realpz

“Hi semua, saya nak kongsi berita hebat kami bersama kamu semua hari ini.

Gene dan saya sangat gembira dan hati kami penuh dengan rasa syukur dan penuh dengan rasa kasih sayang, dengan kehadiran kembar kami Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough dalam keluarga kami.

Kami sangat teruja dengan fasa baru dalam hidup kami.

Terima kasih penuh hati kepada doktor, jururawat dan kepada ibu tumpang kami kerana menjadi sebahagian dalam perjalanan hebat ini.

Penuh dengan rasa sayang dan cahaya – Gene, Preity, Jai dan Gia.” Kongsi Preity

Priyanka Chopra, Madhuri Dixit Dan Ramai Artis Bollywood Ucap Tahniah

Melihat berita gembira yang dikongsikan pelakon jelita tersebut, ramai kenalan artis mengucap tahniah atas kehadiran anak kembar mereka di ruangan komen posting tersebut.

“Tahniah!” – @priyankachopra

“Hey PZ, Tahniah. Penuh kasih sayang untuk kamu dan Gene, peluk dan civm untuk Jai dan Gia.” – @madhuridixitnene

“Sangat gembira dan teruja mendengar berita hebat ini sayangku. Tahniah sepenuh hati sayangku PZ, sampaikan salam sayang saya kepada Gene dan si kembar.” – @theshilpashetty

Foto – Instagram @realpz

“Tahniah PZ dan Gene. Selamat datang ke dunia Jai dan Gia.” – @yasminkarachiwala

“Tahniah sangat gembira untuk kamu berdua @realpz” – @seemakhan76

“Sangat gembira!! Saya jadi makcik.” – @ujjwalaraut

“Omg, tahniah.” – @aasthasharma

Wah, tahniah Preity Zinta dan Gene bakal timang anak kembar!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Murai my

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment