“Carilah Kerja, Kaki & Tangan Dah Ada, Saya Bukan Pusat Kebajikan” – Datuk Aliff Syukri

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan yang dia menjanjikan ‘bulan dan bintang’ kepada Wani Comel seperti didakwa gadis itu sebelum ini.

Menurut Aliff, segala tuntutan yang didakwa Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim itu pada dasarnya tidak pernah berada dalam kontrak yang ditandatangani pihaknya dan Wani sendiri.

Malah, menurutnya, Wani bukanlah isteri mahupun ibu bapanya untuk dijaga dengan kemewahan.

“Saya sama sekali tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang, nak bagi rumah, kereta mahupun kekayaan.

“Dia bukan isteri saya bukan mak bapak saya untuk saya kayakan.

“Anda semua boleh fikir logik, segala permintaan dia di luar jangkauan,” katanya.

Tambah Aliff, dia juga menafikan perjanjiannya untuk menjaga kebajikan ahli keluarga Wani.

“Saya hanya membantu adik Wani bukan keluarga. Keluarga dia ada kaki tangan dan boleh berjalan.

 

“Saya sudah berbelanja ratusan ringgit termasuk mendapatkan khidmat jurulatih, tempat tinggal, makanan tambahan atau supplement.

“Siap ada tukang masak untuk menjaga permakanannya. Bukan sehari dua ya tetapi berbulan.

“Itu pun dia curi-curi beli makan kat luar tanpa pengetahuan.

“Dia bukannya orang gemuk biasa-biasa tetapi bersaiz super.

“Niat saya hanya nak bantu dia berjalan, supaya Wani boleh bantu semula ibu dia,” katanya.

Jelas Aliff, ketika dunia berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19, dia faham ramai yang terkesan dari segi kewangan.

 

“Tapi janganlah ambil jalan pintas, carilah kerja, senang-senang meminta.

“Carilah kerja kaki dah ada tangan dah ada.

“Perlu diingatkan saya bukan rumah atau pusat kebajikan,” katanya.

Ditanya mengenai perjanjian bayaran RM3,000 secara bulanan, Aliff menjelaskan kesemua itu sudah ditulis pada kontrak tersebut.

“Dalam perjanjian tersbeut jelas menyatakan pemberian akan diberi atas budi bicara yang tertera tulis di dalam kontrak,” katanya.

Tidak menolak mengetahui ada pihak yang cuba menjatuhkan dirinya dan perniagaannya, Alif berkata, dia tidak teragak untuk membawanya ke pihak berkuasa.

“Saya akan membawa perkara ini ke saluran undang-undang, cuma apa tindakannya buat masa ini belum boleh saya kongsi.

“Sementara itu berkenaan sama yang akan dikemukakan mana-mana pihak, saya mengalu-alu saman anda,”katanya lagi.

Aliff berkata demikian pada sidang media yang diadakab di kediamannya di Kota Damansara, sebentar tadi.

Terdahulu Wani Comel membuat sidang akhbar mendakwa dirinya dianaiya Alif selain turut dinafikan haknya sebagai duta produk milik usahawan itu.

Wani juga mendakwa dirinya seperti ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Comment