Ramai Ingat Bienda Anak Dara, Bienda K0ngsi Cerita Tk Klsah Biarpun Niaga Tepi Jalan

“Pau ini sebenarnya diusahakan suami dan saya hanya membantu saja. Namun, tak sangka pula dalam beberapa hari ini ia sudah ‘viraI’.”

Itu kata penyanyi dan pelakon Bienda, 36, selepas tular video dia dilihat menjual pau di gerai tepi jalan berdekatan stesen minyak Petronas di Jalan Kuching, di sini.

Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razali ketika dihubungi berkata, perniagaan pau dikenali Papapau Bienda Gebu itu baru diusahakan suaminya, Kamarul Zariman Abdul Rahman atau Boy pada hujung Disember, tahun lalu.

“Asalkan rezeki halal, produk pun berkualiti dan sedap. Hasil jualan ini juga kami dapat berkongsi rezeki dengan orang lain, saya tak kisah berniaga di tepi jalan.

“Saya bersyukur tiba-tiba saja gerai pau kami ditularkan dan sesungguhnya inilah rezeki serentak daripada Allah yang saya tak pernah sangka. Ramai orang sudah mula menghubungi saya untuk bertanyakan mengenai perniagaan ini dan saya okey saja untuk berkongsi.

Bagi saya, lagi banyak kita berkongsi, semakin Allah murahkan rezeki,” katanya yang berniaga di situ bermula jam 7.30 pagi hingga 3 petang dari Isnin hingga Jumaat.

Mereka turut menyediakan khidmat penghantaran termasuk untuk pelanggan yang mahu membuat infaq setiap Jumaat.

Bienda berkata, mereka turut bercadang membuka satu lagi cawangan gerai Papapau Bienda Gebu di Setapak yang akan diuruskan ibunya yang juga penyanyi, Sheeda.

Bienda yang berkahwin dengan Boy yang juga bekas penerbit di Media Prima Berhad pada 10 Oktober 2009 dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lavienda Namiraz, 10; dan Laxiendra Namiraz, 8.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : B.cari   via isu viral

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment