Ramai Kata Azira Shafinaz Macam Gigi Hadid, “Terlampau cantik”

Salah seorang anggota kumpulan De Fam, si gadis jelita dikenali sebagai Azira Shafinaz baru-baru ini menjadi bualan hangat warganet. Azira bukan sahaja berbakat dalam nyanyian dan tarian, malah turut bergelar seorang pelakon.

Terbaharu, satu rakaman Azira Shafinaz yang dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya itu menjadi tumpuan ramai. Dalam perkongsian itu kelihatan anak seni berbakat ini bergaya dengan pakaian serba hijau dan sedang membuat miming.

Bagaimanapun gaya solekan dan rupa paras Azira Shafinaz ini membuatkan ramai mengatakan gadis ini macam model terkenal Amerika, Gigi Hadid. Berikut adalah perkongsian rakaman yang membuatkan ramai kata Azira Shafinaz macam Gigi Hadid ini:

@azirashafinaz Posting this, just cause I miss my boba 🥺 #fyp ♬ Own Brand Freestyle – FelixThe1st & Dreya Mac

Cantik sungguhlah Azira Shafinaz ini! Memang buatkan ramai suka melihatkannya. Apa-apa pun perkongsian rakaman yang membuatkan ramai kata Azira Shafinaz macam Gigi Hadid ini telah meraih lebih 268 ribu tontonan dan 21 ribu likes.

Rata-rata warganet meninggalkan pendapat mereka itu di ruangan komen perkongsian tersebut seperti berikut:

“Lama tak nampak Azira berlakon”

“Aku boleh agak dah komen macam mana. Yes! Gigi Hadid”

“Sumpah dia ni cantik gila aku tengok cita dia dengan Zul Ariffin pasal hantu tu pon dia cantik”

“Suka tengok Azira..Lawa dan sangat berbakat”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/    via slamber media

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment