“Buat apa beriya…”- Raysha Rizrose Tak Suka Kongsi Tentang Kekasih

SELAIN Maembong dan Manrose, nama keluarga Senrose antara yang tidak asing pada kalangan penggiat seni dan peminat hiburan tempatan.

Apatah lagi, mewakili keluarga itu tentunya dua pelakon jelita adik-beradik, Uqasha dan Nelydia yang begitu menarik perhatian ramai

Namun, tidak dilupakan juga seorang lagi anggota keluarga mereka yang menjadi perhatian ialah Raysha Rizrose, 26, masih solo tetapi ‘sudah berpunya’.

Ternyata, sisi peribadi Raysha yang sebelum ini agak tertutup seperti kisah cintanya kini mula terbuka dan jadi tarikan dalam kalangan segelintir warga maya.

Ditambah, selepas kekasihnya, Nabil Jeffri juga seorang pelumba kereta Formula 3 berkongsi foto mereka pada majlis perkahwinan Uqasha dan Kamal Adli di media sosial.

Raysha ketika ditemui baru-baru ini berkata, dia tidak pernah menyembunyikan hubungan cinta dengan Nabil, tetapi jarang berkongsi foto bersama kerana mereka masih belum berkahwin atau mempunyai hubungan sah.

“Mengenai hubungan kami sebenarnya ramai juga yang sudah tahu kerana saya dan dia (Nabil) berkawan sejak sekolah. Cuma, saya selesa tidak terlalu berkongsi kisah kami kerana belum berkahwin.

“Jadi, saya fikir buat apa beriya sangat berkongsi benda belum pasti dan hubungan kami pun belum halal. Namun, saya okey saja dengan perhatian netizen yang ingin tahu kisah peribadi saya.

“Sejujurnya, saya gembira sebab sekurang-kurangnya mereka (netizen) ambil peduli tentang aktiviti harian serta mahu berkongsi rasa bahagia saya. Malah, saya tak sedikit pun berfikir negatif,” katanya.

Raysha yang kini muncul membintangi drama Ex Aku Pontianak sebagai watak Suraya berkata dia sebenarnya seorang berpersonaliti ‘introvert’, sangat pamalu dan takut untuk ke depan sekiranya mahukan apa-apa.

“Tetapi, disebabkan saya ada dua orang kakak yang dikenali ramai dan kami membina karier dalam bidang sama membuatkan saya perlu berusaha cari keseimbangan untuk berkongsi juga mengenai kisah diri yang tidak berlebihan.

“Jadi, apabila melihat ada segelintir warganet yang bertindak membuat perkongsian foto-foto dan kisah diri saya di platform media sosial mereka, perkara itu sangat dihargai. Apatah lagi, saya seorang selebriti dan sudah memilih kerjaya ini,” katanya.

Menurut Raysha, dia juga sedar kehidupan selebriti itu memang menjadi perhatian ramai. Justeru, selagi tidak keterlaluan apa yang dikongsikan netizen maka baginya tidak mengapa dan okey saja.

Rasa Banyak Kekurangan

Bercerita pengalamannya membintangi drama Ex Aku Pontianak, Raysha berkata setiap hari dia berasa gementar di lokasi penggambaran kerana beraksi dengan ramai pelakon senior berkaliber.

“Sebenarnya, saya tak boleh elak dari perasaan gementar dan bimbang setiap kali memikirkan babak bersama pelakon senior yang hebat dan banyak pengalaman seperti ibu Fatimah Abu Bakar dan kak Nadiya Nisaa.

“Saya sentiasa ingin cuba memberi hasil lakonan terbaik bersama mereka kerana kagum dengan kesungguhan dipersembahkan untuk watak dibawa masing-masing. Lagipun, ini adalah peluang saya,” katanya.

Ditanya juga mengenai tahap kepuasannya selepas menonton aksi lakonan, Raysha berkata dia tidak puas kerana berasa masih banyak kekurangan yang harus diperbaiki untuk hasil lebih baik.

Sehubungan itu, barisan pelakon lain yang turut membintangi drama dengan 10 episod arahan Syamil Othman ini ialah Elizabeth Tan, Ikmal Amry, Alicia Amin, Datuk Malek Noor dan ramai lagi.

Disiarkan setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria, dalam Ex Aku Pontinak, watak Raysha ialah seorang penjejak pontianak yang memiliki kuasa istimewa boleh menghapuskan makhluk halus itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendir

Leave a Comment