Ini Reaksi Remy Ishak Bila Ramai Yang Mula Bertanya Soal Anak

Pelakon dan juri tetap The Masked Singer Malaysia 2, Remy Ishak belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata.

Menurut Remy, dia dah isterinya, Ezza Yusoff terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing dan belum pernah berbincang soal cahaya mata.

“Apabila kembali bekerja dan masuk ke lokasi penggambaran, kawan-kawan pun dah mula tanya mengenai cahaya mata.

“Secara jujurnya perkara itu mula membuatkan saya terfikir hal anak. Sebelum ini saya dan isteri belum pernah berbincang mengenai cahaya mata.

“Tak adalah rasa ser4but, saya okay sahaja bila orang tanya. Disebabkan pertanyaan mereka itu jugalah yang membuatkan saya terfikir tentang perkara ini.

“Tapi saya dan isteri memang betul-betul sibuk, jadual kerja kami juga penuh dengan kerja. Nak pergi berbulan madu pun belum berkesempatan,” katanya ketika ditemui Gempak.

Tambah Remy lagi, mereka sebenarnya merancang untuk menunaikan umrah namun terpaksa ditangguhkan.

“Masa mula-mula selepas kahwin, perancangan awalnya kami nak pergi umrah tapi tak boleh kerana ada sekatan.

“Kemudian apabila nak pergi jadual kerja kami pula padat dan difahamkan kita juga sudah tak dibenarkan buat umrah.

“Tak mengapalah, saya anggap masih belum rezeki kami untuk ke sana. InsyaAllah kalau ada rezeki, ada,” ujarnya.

Dalam perkembangan terbaharu, Remy diberi tanggungjawab sebagai juri tetap The Masked Singer Malaysia 2.

Selain Remy, seramai lapan lagi juri tetap dipilih iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Rlla Aminuddin, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment