“Tak Sangka Ramai Yang Sedih…Saya Segan Nak Sebut, Tapi Masa Rehearsal…” – Bell Ngasri

Pelakon dan pelawak Bell Ngasri, 41, mengakui segan untuk membawa dialog mengenai ‘tidak pernah menerima anugerah sepanjang pembabitannya dalam dunia seni’ kerana bimbang dianggap meraih simpati.

Bell berkata, semuanya bermula apabila dia menyebut tentang perkara itu ketika sesi latihan bersama kumpulan Tobat (Ajak dan Ropie) dengan tujuan bergurau.

“Masa rehearsal saya ‘ad-lip’ la part tu. Tujuan saya bergurau je dengan Ajak dan Ropie. Tapi tiba-tiba dorang ‘lock’ pulak dialog tu dan suruh saya bawa ke pentas suku akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, Jumaat lepas.

“Saya segan sebab takut nanti orang kata saya raih nak undi simpati atau lapar perhatian ke kan… Saya dah ‘try’ untuk buat ‘plot twist’ tapi Ajak dan Ropie kata jangan!,” katanya ketawa.

Tambah Bell, dia sama sekali tidak menyangka dialog tersebut telah menjadi tular dan membuatkan ramai tersentuh.

“Sikit pun saya tak sangka dialog saya dalam sketsa pertama itu akan menjadi tular. Sebelum masuk ke pentas pada malam suku akhir tu, saya tanya lagi pada Ajak…Okay ke tak okay ni kalau saya cakap macam tu?

“Ajak kata okay. Saya melangkah masuk tapi hati masih berbelah bahagi. Jadi tak confident. Sebelum ini pun ramai je yang kec4m dan kata saya ni tak kelakar, menumpang pelawak-pelawak di MLM sahaja, tapi perasaan malam tu lain.

“Tapi memang betul la saya ini hanya berkongsi tuah mereka dan di MLM 2021 perjalanan saya lebih dan paling jauh walaupun sudah beberapa kali menyertai MLM sebelum ini.

“Sudah lama saya idamkan untuk dapat pijakkan kaki ke pentas akhir dan saya berharap impian saya akan tercapai bersama Tobat,” katanya.

Dalam pada itu Bell berkata, dia turut mengagumi Ajak dan Ropie yang masing-masing memiliki pencapaian hebat di dalam pertandingan itu.

“Memang saya lebih senior berbanding mereka dalam bidang seni ini, tapi di pentas lawak saya jauh lagi daripada mereka.

“Saya tak pernah rasa diri berada di tahap lebih tinggi berbanding mereka. Itu pentas mereka dan saya cuma turut serta berkongsi.

“Jadi secara spontan, dialog yang keluar ketika sesi rehearsal itu adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana tolong bawa saya bersama,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:Gempak

Leave a Comment