Selepas Sajat, Safiey Ilias Juga Bakal Pindah Ke Thailand – “Mungkin Rezeki Saya Di Sana..”

Kuala Lumpur: Usahawan kontr0versi Safiey Ilias bakal berhijrah dan memulakan kehidupan baharu di Bangkok, Thailand.

Spekvlasi itu timbul susulan tindakan Safiey Ilias yang menjual semua aset dimiliki membabitkan rumah, isi rumah dan kereta mewah miliknya.

Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias berkata, itu antara perancangan yang sudah diatur selain menyifatkan ia pilihan terakhir untuk kehidupan yang lebih baik.

“Macam dikatakan sebelum ini, saya mahu menjual semua aset adalah untuk memulakan sesuatu yang baharu. Saya ingin bermula semula dari bawah. Tidak kisahlah orang nak kata apa sekalipun.

“Soal dikatakan bakal berhijrah ke Bangkok, bagi saya ini adalah pilihan dan dirasakan terbaik. Kita tidak tahu mungkin rezeki saya di sana pula.

Lagi pula tidak saIah untuk kita mencuba sesuatu yang baharu,” katanya.

Dalam masa sama, Safiey juga penyanyi lagu Syinta Gila terharu apabila masih mendapat sokongan warganet menerusi komen dan mesej peribadi (DM) di Instagram.

“Terharu sangat. Semoga asbab dahulu Allah bagi peluang sekali lagi untuk saya berniaga dan bangkit semula. Dulu saya tak sedar sangat perkara ini. Tapi bila dalam situasi sekarang,

dapat komen macam ini pun rasa tersentuh dan bersyukur sangat.

“Bersyukur dapat bantu orang menjana pendapatan. Terima kasih semua. Segalanya adalah pengalaman. Kita tidak pernah kalah, kita belajar sesuatu,” katanya.

Safiey Ilias nak jual kereta Mustang RM270,000

Selepas mengambil keputusan menjual rumahnya yang terletak di Sunway Montana, di sini dengan harga RM2.1 juta, usahawan kontroversi Safiey Ilias mahu menjual kereta mewah Mustang.

Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias berkata, kereta yang dibeli pada 2016 itu dijual dengan harga RM270,000.

Memang sedih apabila nak jual Mustang saya ini. Tapi tak apa mungkin ini ketentuan buat saya. Terima kasih Allah sudi pinjamkan rezeki memiliki Mustang ini pada saya.

“Saya nak menjual semua aset dan harta yang ada. Saya nak menjadi orang biasa dan sederhana saja. Siapa yang membeli kereta ini, saya akan promosi Facebook dan Instagram dia.

Pendek kata, saling membantu. Apa pun harga yang dinyatakan masih boleh dirunding,” katanya.

Safiey juga penyanyi lagu Syinta Gil4 berkata, duit yang diperoleh daripada menjual semua aset yang ada ingin digunakan untuk memulakan sesuatu yang baru.

“Terlalu banyak kenangan saya bersama semua aset yang ada. Pahit, manis dan jatuh bangun saya ada bersama semua benda ini. Walaupun perit dan sedih, tapi saya terpaksa.

“Kalau boleh tahun ini saya mahu memulakan sesuatu yang baru dan segar dalam hidup. Rezeki yang ada saya nak kongsi bersama,” katanya.

\Safiey Ilias n4fi mvflis, terpaksa jual rumah

Usahawan kontroversi, Safiey Ilias menafikan dia muflis sehingga terpaksa menjual rumah yang terletak di Sunway Montana, di sini.

Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias berkata, dia reda dengan keputusan dibuat selepas enam tahun mendiami rumah tiga tingkat itu.

“Biarlah apa orang nak cakap. Masa inilah orang nak gelak dan ketawa sepuas hati. Sebenarnya dulu lagi saya pernah cakap nak jual rumah ini. Jadi, semalam saya sudah buat keputusan untuk jual.

“Bukan sebab saya mvflis atau apa, tapi saya perlu mulakan sesuatu yang baharu selepas ini. Terima kasih Allah SWT atas rezeki ini sehingga saya mampu membeli rumah ini dulu.

Walaupun sekejap saja dapat duduk,” katanya.

Safiey juga penyanyi lagu Syinta Gil4 berkata, dia sudah menyerahkan urusan jualan rumah itu kepada ejen dilantik selain dalam proses menjual semua barangan dalam rumah itu.

“Ikut pasaran semasa saya difahamkan harga rumah ini mencecah RM2.1 juta. Saya sudah melantik beberapa ejen hartanah bagi urusan jual beli.

“Saya juga sedang aktif menjual semua barangan rumah yang ada kerana rumah ini perlu dikosongkan segera. Doakan semoga saya kuat dan tabah dalam menempuh kehidupan selepas ini.

Banyak betul dug4an saya sejak beberapa tahun ini,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: Metro    via info kini

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment