“Lepas Jual Banglo,” Safiey Ilias Nak Jual Kereta Mustang RM270,000

Kuala Lumpur: Selepas mengambil keputusan menjual rumahnya yang terletak di Sunway Montana, di sini dengan harga RM2.1 juta, usahawan kontr0versi Safiey Ilias mahu menjual kereta mewah Mustang.

Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias berkata, kereta yang dibeli pada 2016 itu dijual dengan harga RM270,000.

“Memang sedlh apabila nak jual Mustang saya ini. Tapi tak apa mungkin ini ketentuan buat saya. Terima kasih Allah sudi pinjamkan rezeki memiliki Mustang ini pada saya.

“Saya nak menjual semua aset dan harta yang ada. Saya nak menjadi orang biasa dan sederhana saja. Siapa yang membeli kereta ini, saya akan promosi Facebook dan Instagram dia. Pendek kata, saling membantu. Apa pun harga yang dinyatakan masih boleh dirunding,” katanya.

Safiey juga penyanyi lagu Syinta Gila berkata, duit yang diperoleh daripada menjual semua aset yang ada ingin digunakan untuk memulakan sesuatu yang baru.

“Terlalu banyak kenangan saya bersama semua aset yang ada. Pahit, manis dan jatuh bangun saya ada bersama semua benda ini. Walaupun perit dan sedih, tapi saya terpaksa.

“Kalau boleh tahun ini saya mahu memulakan sesuatu yang baru dan segar dalam hidup. Rezeki yang ada saya nak kongsi bersama,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : metro

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment