Netizen Pel1k ABPBH Tidak Gah Seperti Dahulu, Saiful Apek Beri Jawapan Bernas

Pelakon dan pelawak, Saiful Apek tampil memberikan komen di Twitter selepas netizen memuatnaik kembali video sewaktu dia menerima Anugerah Bintang Paling Popular 2003.

Menerusi tweet pengguna Twitter yang dikenali sebagai @haziq_fadhullah, dia berpendapat Apek merupakan pelawak pertama yang memenangi anugerah tersebut.

“Kalau tak silap, abang @saifulapek pelawak pertama yang berjaya dapat anugerah ni kan? Fuh menang kereta eh zaman ni.” Tweet @haziq_fadhullah

Saiful Apek Beri Jawapan Padu

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter @halezaee memberi komen susulan dengan berpendapat ABPBH ketika itu sangat gah dan berkualiti. Manakala, pemenang yang memenagi anugerah ketika itu terdiri daripad mereka yang berpengaruh

“Anugerah BH masa ni betul-betul gah & berkualiti. Pemenang bukan calang-calang, betul artis. Bukan sekadar selebriti.”-Tweet @halezaee pula

Apek kemudian menjawab komen netizen tersebut bahawa itulah yang membezakan antara artis dengan insan seni.

“Itulah bezanya antara ‘Artis’ dengan ‘Insan Seni’”-Komen Apek

Pelbagai Reaksi Netizen

Menerusi  tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan pendapat mereka terhadap penganjuran anugerah tersebut baru-baru ini yang mendapat pelbagai reaksi.

Untuk rekod, ABPHH34 yang berlangsung pada 13 November baru-baru ini telah menobatkan pelakon dan pengacara, Janna Nick sebagai Bintang Paling Popular dengan jumlah undian sebanyak 86,374.77.

Sumber: murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber :  http://trendinggiler.pw/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment