Sajat Berdepan Tindakan Bankr4p, Ini 6 Fakta Penting Dari Firma Guaman

Mahk4mah Tinggi Shah Alam membenarkan notis kebankr4pan terhadap Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman diserahkan secara penyampaian ganti melalui notis iklan dan penampalan berikutan kegagalan usahawan tersebut membayar pengh4kiman sebanyak RM200,000.00 kepada bekas stokis utama beliau iaitu OWA Resources seperti yang diputuskan Mahk4mah R4yuan April lalu.

Berikut 6 Fakta penting dari siaran akhbar yang diedarkan oleh leh firma pengurusan krisis SAIFUL RIDZUAN PUBLIC RELATIONS AND COMMUNICATIONS.

  1. Tahun lepas, OWA Resources memb3kukan akaun bank defendan tetapi hanya dapat memperoleh RM5,000.00 iaitu baki terkini dari akaun defendan-defendan melalui tindakan garnisi.
  2. OWA Resources sebelum ini cuba menyerahkan notis bankr4psi kepada Muhammad Sajjad sebanyak tiga kali termasuk percubaan menyerahkan surat temujanji dan juga percubaan-percubaan lain. Namun, oleh kerana semua percubaan serahan tersebut gagal kerana Muhammad Sajjad tidak dapat diketemui maka plaintif telah memfailkan notis tersebut untuk serahan secara alternatif iaitu melalui notis iklan di surat khabar, di mahkamah dan juga di depan rumah defendan
  3. Mengikut penghakiman Mahk4mah Rayuan, Muhammad Sajjad gagal dalam rayuannya bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan usahawan itu membayar ganti rugi sebanyak hampir RM200,00.00 kepada OWA Resources.
  4. Difahamkan, pihak Muhammad Sajjad ada membuat cadangan awal bulan ini untuk membayar ganti rugi tersebut secara ansuran sebanyak RM3,000.00 sebulan sehingga selesai pembayaran penuh tetapi pihak plaintif tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
  5. Akta Insolvensi 1967 membenarkan prosiding kebankr4pan dimulakan ke atas mana-mana individu yang gagal membayar penghakiman melebihi RM100,000.00
  6. OWA Resources memfailkan notis kebankrapan terhadap Muhammad Sajjad kerana masih gagal membayar jumlah berkenaan sehingga kini.

Nurwati, Pengasas OWA Resources yang merupakan bekas stokis produk bengkung dan girdle Muhammad Sajjad memaklumkan yang krisis undang-undang dan perniagaan tersebut menjadi pengajaran kepada syarikatnya agar lebih berhati-hati dalam memilih rakan perniagaan pada masa hadapan.

Beliau akan memastikan untuk melakukan pemeriksaan wajar (due diligence) melalui peguam korporat yang telah dilantik sebelum menjalankan sebarang kerjasama perniagaan dengan mana-mana pihak selepas ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:murai.my

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment