“Nasib Baik Laki Hensem…,” – Sakinah Cerita Sebab Tak Umum Dah Kahwin, Komen Kakaknya

Pelakon Sharifah Sakinah akhirnya mendedahkan dia sebenarnya sudah pun bergelar isteri kepada lelaki Sweden, Michael Hansen.

Pengumuman tersebut dibuat Sakinah menerusi satu hantaran di Instagram yang dikemas kini.

Dalam perkongsian tersebut, Sakinah memberikan dedikasi bersempena ulang tahun pertama mereka selain turut menjelaskan sebab dia tidak memaklumkan tentang khabar gembira itu sebelum ini.

“Happy 1st Anniversary Hemmafit! Teringat lagi masa mula-mula start dulu sebagai Fitnessakinah dengan niat nak tolong orang, buat kelas tanpa caj.

“Then pandemic happened and more people need to workout from home, makin lama makin growing dan eventually Hemmafit ditubuhkan secara proper dan legit.

“Tambah modal, equipment, trainers, nutritionist dan commitment daripada Sakinah setiap hari yeh!,” tulisnya.

Dia turut memberikan penghargaan buat suami tercinta.

“Thank you for my partner and husband (yes we are married since people asked), for the support and logistic of Hemmafit [‘W] ever since our first class together.

“So, for those who were wondering why we didn’t announce our marriage it was because of personal issues and religion matters. We would like to keep it low before.

“But now yeah, it’s official, takyah tanya lagi okay. Thank you and love you all,” tulisnya dengan disusuli ucapan tahniah daripada rakan artis dan selebriti.

Turut kelihatan ialah reaksi berbaur seloroh daripada kakaknya, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah.

“Nasib baik laki hensem. Teringat pulak iklan tak kaya takpe janji hensem. Ehh terbaik,” komennya.

Untuk rekod, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka berakhir pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber :  https://www.mediahiburan.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment