Tahnlah, Akhirnya PelakonSharifahSaklnah UmumDah Kahwin. DedahSbab Dlam Sbelum Ini

Kuala Lumpur – Status hubungan Sharifah Sakinah dengan jejaka mat saleh bernama Michael Hansen akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengumumkan mereka sudah sah bergelar suami isteri.

Menurut Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 32, dia tidak memaklumkan mengenai perkahwinannya itu atas faktor peribadi.

“Disebabkan ramai bertanya ya kami sudah berkahwin. Untuk mereka yang hairan kenapa kami tak maklumkan tentang perkahwinan ini adalah kerana i.su peribadi dan hal agama.

“Kami memilih untuk keep it low tapi sekarang, it’s o.fficial, tak payah tanya lagi okay. Terima kasih semua,” katanya menerusi Instagram pada Jumaat.

Adik kepada penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira ini bagaimanapun tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinannya dengan jejaka berasal dari Sweden itu.

Pada 5 Mac 2021, portal hiburan melaporkan Sakinah sudah bertunang dengan teman lelakinya yang dikenali sejak 2020.

Malah, Sakinah juga mende.dahkan dia bakal mendirikan rumah tangga pada Mei tahun berkenaan bersempena tarikh ulang tahun kelahirannya dan Michael, 42.

Dalam perkongsian yang sama, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Ner4ka ini turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian pusat kecergasan khas untuk wanita yang ditubuhkan oleh mereka sejak setahun lalu.

“Selamat ulang tahun pertama Hemmafit! Teringat lagi masa mula-mula start dulu sebagai Fitnessakinah dengan niat nak tolong orang, buat kelas tanpa caj.

“Kemudian p.andemik mel.anda dan lebih ramai orang perlu bekerja dari rumah, makin lama makin bertambah ahli dan akhirnya Hemmafit ditubuhkan.

“Tambah modal, peralatan, jurulatih dan pakar nutrisi dan komitmen daripada equ.ipment, trainers, komitmen daripada Sakinah setiap hari.

“Terima kasih rakan kongsi dan suami atas sokongan dan logistik Hemmafit sejak hari pertama kelas kita bersama,” ujarnya.

Untuk rekod, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas disahkan berceral pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Kredit : Mstar   via online malaya

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment