Wajah Sama dengan Mira Filzah, Pelakon Baru Qasrina Tak Suka Dibandingkan

MENGAKUI sering disamakan dengan wajah aktres popular Mira Filzah, pelakon baharu Qasrina Karim menganggap ia sebagai satu pujian.

Namun Qasrina, 25, berkata, dia tidak mahu kemunculannya dalam industri lakonan akan dibandingkan dengan pelakon berkenaan.

“Sudah ramai cakap tentang perkara itu. Saya terima ia sebagai satu pujian kerana Mira seorang yang sangat berbakat dan cantik. Kami juga pernah berhubung menerusi DM di Instagram.

“Kalau boleh saya tidak suka dibandingkan, tetapi apa boleh buat? Cuma saya harap tidak timbul cerita yang negatlf,” ujarnya kepada mStar.

Qasrina ditemui ketika majlis pelancaran filem berjudul Kongsi Raya di Kuala Lumpur pada Isnin.

Qasrina dan Wilson Lee, bergandingan sebagai pelakon utama dalam filem pertama mereka

Pertama kali melangkah ke bidang lakonan menerusi filem berkenaan, Qasrina juga blmbang jika lakonannya dikrltik penonton terutamanya melibatkan beberapa babak yang dilihat seperti bersentuhan dengan lelaki.

“Kebanyakan babak dan poster yang memperlihatkan saya bersentuhan dengan lelaki hanyalah teknik kamera.

“Dari awal terima tawaran berlakon saya sudah maklumkan tidak mahu babak bersentuhan kulit. Jadi saya cuba lakukan sebaik mungkin dengan cara berlapik.

Kebanyakan babak dan poster yang memperlihatkan saya bersentuhan dengan lelaki hanyalah teknik kamera.

QASRINA KARIM
PELAKON

“Tidak tahu bagaimana anggapan orang nanti selepas filem ini ditayangkan. Namun saya sudah tetapkan dalam diri supaya tidak ambil kira kec4man orang,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang filem berkenaan, Qasrina berbesar hati apabila digandingkan dengan pelakon hebat seperti Erra Fazira dan Harith Iskandar.

Qasrina teruja dan gement4r berlakon bersama Erra Fazira dan Harith Iskander

“Apabila dapat tahu senarai pelakon memang rasa gement4r, tetapi Harith Iskander sangat memahami dan pelakon lain banyak memberi tunjuk ajar.

“Selain menjadi model produk tudung saya juga mahu terus kembangkan lagi kerjaya lakonan selepas ini,” katanya.

Filem arahan Teddy Chin ini turut dibintangi oleh Wilson Lee dan Chew Kin Wan dan akan ditayangkan bermula 3 Februari di seluruh pawagam di Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : https://www.mstar.com.my/    

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment