Scha Ellinea Dedah menghidap peny4kit Skizofrenia,Sekali Ini Respon Netizen

Selepas membuat pendedahan menghidap peny4kit Skizofrenia dan insomnia yang teruk, pelakon seksi Scha Ellinea menerima pelbagai respons daripada warganet.

Fokus kukuhkan nama dulu

Antara komen yang diterima daripada netizen adalah menyuruh Scha, 23, berkahwin bagi menyelesaikan masalah tidak boleh tidur sekiranya tanpa berteman.

Bagaimanapun, kata pemilik nama Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, dia belum lagi bersedia untuk bergelar isteri biarpun hatinya sudah berpunya.

Kata anak kelahiran Sungai Petani ini, dia ingin memberi fokus kepada karier seni di samping ingin membalas budi keluarga yang selama ini tidak putus memberi sokongan.

Kahwin? Buat masa ini, saya tak terfikir mahu mendirikan rumah tangga. Saya nak fokus bina nama dan mahu membalas jasa keluarga.

Saya nak bahagiakan keluarga, mereka paling penting. Selepas itu, baru fikir kahwin kot.

Si dia ‘sweet’ sentiasa jaga

Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Tanpa D0sa bersyukur kerana mempunyai si dia yang mengambil berat tentang kesihatan dirinya.

Biarpun si dia sentiasa menemani, personaliti media sosial ini memilih untuk tidak terlalu bergantung.

Dia sebenarnya bukan teman lelaki, kami masih mengenali hati budi. Kami tak ‘declare’ lagi. Si dia sangat mengambil berat tentang saya terutama bila dia tau saya alami ser4ngan p4nik.

Ada masanya, si dia melayan saya berbual hingga pagi, cuma tidaklah selalu. Sebab saya pilih untuk tidak kerap berhubung, tak nak la bergantung kepada si dia.

Scha berkata demikian semasa ditemui pada sidang media program Master In The House Malaysia yang diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Pusat Membeli Belah One Utama, Damansara, pada Selasa.

Selain Scha, program Master In The House Malaysia turut menampilkan empat lagi selebriti iaitu Hael Husaini, Andi Bernadee, Sharifah Rose dan Meyrasam yang akan berguru dengan ‘master’ disegani dari Malaysia dan Korea.

Bintang terkenal yang menjadi master mingguan ialah BamBam, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Yusof Haslam, Datuk Rashid Sidek, koreografer kumpulan Kpop BTS iaitu Son Sung Deuk, Sherson Lian dan Usamah Zaid.

Program Master In The House Malaysia ini akan menemui penonton mulai 15 Januari ini pada jam 10 malam.

Sumber: Instagram @schaelinnea

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:OB

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment