“‘P0t0ng Usus’ Bukan Sebab Nak Cantik Atau Pikat Lelaki Tetapi …” – Lufya Omar

Penyanyi dan pelakon Lufya Omar menegaskan tindakannya melakukan pembed4han bariatrik pada awal November lalu bukan bertujuan untuk kelihatan cantik atau mencari jodoh.

Sebaliknya, kata Lufya, 36, prosedur itu dilakukan demi mendapatkan semula stamina dan kesihatannya yang semakin membimbangkan seiring pertambahan usia.

Namun, saat ini, Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar berkata, dia lebih terbuka soal jodoh.

“Lebih utama, pembedahan ini berjaya mengawal tahap kolesterol dan penyakit asma. Saya kurus bukan sebab nak cantik, tetapi demi kesihatan,” katanya kepada BH Online.

“Apabila kembali sihat dan dapat menurunkan berat badan melalui cara pembedahan (bariatrik) ini, saya menjadi lebih positif sebenarnya.

“Lebih utama pembedahan ini berjaya mengawal tahap kolesterol dan penyakit asma yang saya hidap. Saya kurus bukan sebab nak cantik tapi demi kesihatan.

“Soal jodoh pula mungkin ada trauma daripada pengalaman perkahwinan lalu, tapi semuanya sudah berlalu dan tak perlu dikenang lagi. Bukan.. bukan bedah untuk mencari jodoh pun,” ujarnya.

“Tambah Lufya lagi, selepas melakukan pembedahan bariatrik dengan pakar bedah bariatrik terbaik Asia Pasifik, Dr. Mustafa Mohammed Taher, berlaku perubahan mendadak pada tubuh badan Lufya.

“Selepas beberapa hari pembedahan saya turun dalam tiga kilogram, selepas sebulan saya dapati saya turun sekitar 11 kilogram dari 85 kilogram berat badan saya.

“Sebenarnya saya pun tak sedar saya telah ‘obesiti’ sehingga anak saya yang tegur dan saya dapati saya cepat semput walaupun hanya buat kerja-kerja ringan “Kalau dulu, saya bersenam berdiet dalam enam bulan pun baru turun 2 kilogram. “Insya-Allah, target saya untuk turunkan lagi 10 kilogram untuk mendapai berat badan yang seimbang, sama seperti zaman anak dara dulu,” ujarnya.

komen netizen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : ig lufyalaana

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment