“Pantang Mundur, Sekali Bini Mari”- Ramai Gelak Suami Kena Panggil Balik

Lumrah lelaki sudah pasti tak boleh melekat di rumah hampir setiap masa. Kaum adam ini pasti mempunyai hobinya yang tersendiri yang rata-rata bersifat outdoor.

Ada yang suka memancing, melepak mamak, bermain sukan las4k dan sebagainya.

Biasanya kaum hawa tidak menghalang para suami melakukan hobi mereka walaupun sudah berumah tangga. Asalkan kehidupan berkeluarga tetap menjadi keutamaan.

Namun, kalau si suami terlalu banyak menghabiskan masa diluar sana, sudah pasti para isteri juga menjadi hilang sabar.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @Bojer.90 apabila memuat naik video dipanggil balik oleh isteri ketika sedang ‘asyik’ melayan race di gelanggang motocross.

Isterinya dengan selamba membawa sebuah ranting kayu dan berjalan menuju ke tengah gelanggang untuk memberhentikan suaminya yang sedang ‘berjuang’ mengikuti perlumbaan bersama penunggang motocross yang lain.

Situasi lucu berkenaan berjaya dirakam dan dimuat naik oleh @bojer.90 dengan menulis kapsyen berseloroh “pantang mundur kecuali operasi”.

Dia juga menjelaskan bahawa isteri memanggilnya pulang berikutan hari semakin senja dan sudah mahu masuk waktu magrib. Pemuda itu turut dilihat memboncengkan isterinya menaiki motor tersebut menuju ke rumah mereka.

Video:

“Sweeeetttttt…biar kaIah dalam game janji menang dihati wife.”

“Polis dgn JPJ pn kaIah kalau bini tahan”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: riverbed.me    via info kini

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment