“Dah Lama Saya Berubah Ke Arah Yg Lebih Baik Sebagai” Harris Alif , Selain Zul arifin Ramai kalangan Artis..

Pelakon dan penyanyi, Harris Alif tidak menafikan bahawa keadaan dunia yang terumbang-ambing disebabkan virvs Covd9 membulatkan tekadnya untuk mendekatkan diri dengan agama.

Harris atau nama sebenarnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi, 21, berkata, dia sedar yang selama ini banyak bergelumang dengan d0sa namun tidak bermakna dia tidak layak untuk mendapatkan pengampunan daripada Allah SWT.

“Apabila ramai orang-orang yang kita kenal pergi menghadap Ilahi secara tiba-tiba terutama disebabkan Covdl9, semakin saya sedar hidup di dunia ini hanya sementara. Sekadar persinggahan yang singk4t.

“Banyak perkara yang disebutkan dalam kitab suci, al-Quran kita sudah nampak berlaku di depan mata sekarang. Hari-hari kita diberitakan kematian kenalan seperti semuanya di hujung telinga sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! online sebentar tadi.

Ujar Harris yang merupakan suami kepada pelakon Intan Ladyana itu, perubahan yang dilihat daripada kaca mata orang ramai tidaklah berlaku secara mendad4k kerana sebelum ini pun, dia sudah lama berubah ke arah lebih baik sebagai seorang Muslim namun tidak didedahkan kepada umum.

“Dah lama saya berubah ke arah yang lebih baik sebagai Muslim tapi tidaklah saya dedahkan dalam media sosial,” ujarnya.

Katanya lagi, perubahannya sekarang tidak membuatkan langkahnya sebagai seorang penyanyi dan pelakon terhenti begitu sahaja kerana dia percaya, keberadaannya dalam industri seni adalah ketentuan Ilahi.

“Allah dah tentukan saya jadi seorang artis. Mungkin dengan menggunakan platform yang diberikan oleh-Nya, dapat saya berdakw4h melalui seni.

“Saya takkan tinggalkan bidang ini selagi Allah tak izinkan. Tapi pada masa sama, perlahan-lahan kita terus berubah ke arah kebaikan dan diredai-Nya.

“Lagi pun, ramai kawan-kawan yang masih mencari rezeki dalam bidang ini. Tak elok kalau saya cakap nak tinggalkan bidang ini sedangkan masih ramai lagi menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan mereka,” ujar Harris.

Bekas juara program Idola Kecil musim 3 itu turut memberitahu bahawa, dia berasa seronok melihat perubahan ditunjukkan rakan-rakan seperjuangan dalam industri yang mendekatkan diri kepada agama.

“Tengok perubahan kawan-kawan seperti Nabil Ahmad membuatkan saya rasa seronok untuk terus mendalami ilmu agama. Kalau dahlu banyak buat dos4, tak bersyukur dengan nikmat Allah, sekarang saya mula lebih mengenal tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

“Terima kasih kepada kawan saya Harris Annuar yang memperkenalkan saya kepada Ustaz Ebit Lew. Sebenarnya, jauh lagi perjalanan saya untuk jadi Muslim yang sempurna. Tapi, semakin dalam saya mendekatkan diri dengan agama, semakin saya merasakan kemanisan hidup,” katanya lagi.

Terdahulu, Harris Aliff mencri tumpuan netizen apabila kian berkongsi untaian foto dengan Ebit Lew menerusi entri terbaharu dalam Instagram miliknya. Menerusi entri yang dimuat naik, dia berkopiah dan berkongsi petikan ungkapan berunsur Islamik.

Sumber : K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:http://transformasi.pw/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment