Selepas Ambil Vaksln Sinovac Pelajar D4kwa Jadi Botak

BANGKOK – Seorang pelajar lelaki di  Phuket mendkwa bahawa rambutnya gugur, seterusnya menjadi botak  selepas dia menerima dua dos lengkap vaksln Covld-19 Sinovac, lapor laman berita The Thaiger kelmarin.

Malah, dia juga mendkwa bahawa doktor telah mengesahkan keadaan itu.

Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu berkata, dia melakukan perjalanan dari Tambon Phru Nai di wilayah Koh Yao untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

Pada mulanya, dia tidak mengalami sebarang gejala selepas suntikan vaksinnya, namun tiga hari selepas menerima dos kedua,  lelaki itu berkata bahawa rambutnya mula gugur dalam jumlah yang agak banyak.

“Kira-kira tiga hari selepas dos kedua, rambut di kepala saya mula gugur dalam gumpalan.

“Sebaik sahaja saya bangun daripada tidur, bantal saya dipenuhi dengan rambut,” katanya yang mengakui terkejut dengan keadaan itu.

Dia kemudian pergi ke sebuah klinik swasta bagi mendapatkan rawatan dan dimaklumkan oleh doktor bahawa vaksin Covld-19 yang diambilnya telah bertindak balas dengan sel darah putih, menyebabkan rambutnya gugur. – Agensi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber :  https://www.kosmo.com.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment