Minta gambar Rimau Jalan, Ini kata2 MB Kedah selepas KL City juara

Semalam, berlangsungnya perlawanan bola sepak aksi final Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta’azim (JDT) dan Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kemenangan berjaya ditempa oleh KL City berikutan berjaya membolot 2-0 dan ia merupakan kemenangan yang bermakna selepas penantian selama 32 tahun.

Pemain Zhafri Yahya mengejutkan stadium dengan jaringan pertamanya pada minit ke-66 dan diikuti jaringan kapten KL City, Paulo Josue pada minit ke-74. Tahniah KL City!

Tahniah KL City!

Menerusi semakan di media sosial rata-rata wargamaya turut mengucapkan tahniah dan berpuas hati dengan permainan yang berlangsung semalam, di antara pasukan JDT dan KL City. Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerusi akaun Facebooknya juga dilihat sempat mengucapkan tahniah atas kemenangan yang dijulang oleh KL City.

Tahniah KL City. Saya dan jutaan peminat bola sepak tumpang gembira.

Bagaimanapun, menerusi satu status yang lain Sanusi dikatakan sempat memerli pasukan JDT berikutan tidak berjaya menjulang trofi Piala Malaysia sempena ulang tahun ke-100. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan status tersebut dan sempat berkongsi foto-foto lucu bersama harimau.

Sapa ada gambar harimau jalan tersipu-sipu.

Posting asal

Terdahulu Tunku Ismail dan Sanusi masing-masing ‘berperang’ menerusi laman media sosial bermula daripada sebelum aksi suku akhir pertama di Stadium Darul Aman Ahad lalu sehinggalah ke hari ini.

Sumber: Muhammad Sanusi Md Noor

TMJ gembira jika KL City menang malam ini

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, gembira kerana pasukannya beraksi di final Piala Malaysia bersempena ulang tahun ke-100 pertandingan itu.

Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, ia adalah satu penghormatan dan mengucapkan syabas kepada skuad JDT.

“Saya juga ingin mengambil k3sempatan untuk mengucapkan tahniah kepada skuad dan pengurusan Kuala Lumpur City FC (KL City) kerana mencipta sejarah mara ke final selepas 32 tahun.

“Jikalau kita memenangi trofi ini, ia akan menjadi sebuah lagi trofi untuk tahun ini selepas memenangi Liga Super Malaysia untuk layak ke Liga Juara-Juara AFC sekali lagi dan juga Piala Sumbangsih.

“Jikalau tidak menang, saya sebenarnya gembira dapat melihat pasukan seperti KL bermain dalam saingan Piala AFC tahun hadapan,” katanya.

Aksi perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-100 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

JDT mara selepas menumpaskan Terengganu FC dengan agregat 4-1, manakala KL City pula menewaskan Melaka United melalui penentuan penalti 5-3 selepas terikat dengan agregat 2-2.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : http://trendingsangat.pw/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment