Ramalan Yang Tepat Dari Cliff Umar, Ini Senarai Pemenang GV8

Gegar Vaganza 8 Akhirnya Telah Melabuhkan Tirai Dengan Jayanya

Konsert akhir Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) membariskan enam peserta sebagai finalis dalam pencarian juara edisi ini.

Persaingan episod kemuncak itu melibatkan penyanyi Nikki Palikat, Suki Low, Aweera, Aliff Aziz (Singapura), Adibah Noor dan Azan Scan.

Tugas penjurian terletak di tangan juri profesional tetap terdiri daripada pengarah muzik, Datuk Ramli MS, penyanyi lagenda Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Syafinaz Selamat, bersama juri undangan istimewa.

Program realiti yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dengan penampilan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pasangan pengacara.

Konsert GV8 menemui penonton pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam, selain turut dimuatkan di aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk tontonan online.

Hasil keputusan juri, berikut adalah markah yang diraih para finalis di konsert akhir:

Juara – Aliff Aziz

Tempat kedua / naib juara -Palikat

Tempat ketiga -Suki Low Nikki

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Cliff Umar Pernah Ramal Aliff Aziz Bakal Juara GV8!

Terdahulu Juara Gegar Vaganza 7 (GV7), Cliff Umar meramalkan penyanyi berasal dari Singapura, Aliff Aziz bakal menyandang gelaran juara GV8 tahun ini.

Namun, Cliff beranggapan Aliff punyai penc4bar terdekat iaitu Nikki Palikat, Adibah Noor dan Suki Low sepanjang perjalanan GV8.

“Ramalan saya mungkin Aliff Aziz bakal jadi juara. Manakala Nikki, Adibah dan Suki Low akan berada di tangga teratas GV8.

“Saya tiada nasihat untuk peserta GV8 sebab saya rasa tak layak pun. Tapi saya ada mesej kepada semua peserta untuk bergembira selagi boleh.

“Jadikan pentas GV ini untuk diri sendiri dan orang yang sentiasa menyokong kita. Love what you do,” katanya kepada Gempak.

Bersiaran secara langsung di Astro Ria (saluran 104), konsert GV8 yang menampilkan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengendali rancangan, ke udara pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam, selain berada di aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk tontonan online.

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)

Terdahulu, GV8 menamatkan penyertaan kumpulan Nico G, Datuk Fazley Yaakob, Upiak Isil, Bandi Amuk dan Saya (Saiful Apek & Yassin Anye Senario) masing-masing di konsert ketiga, keempat, keenam, ketujuh dan kelapan (suku akhir).

Gegar Vaganza Musim 8 Akhir | Battle Round | Aweera vs Aliff Aziz

Biodata Penyanyi Aliff Aziz, Peserta Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) 2021

1. Nama penuhnya, Mohamad Aliff bin Aziz. Dikenali sebagai Aliff Aziz.

2. Lahir pada 16 Februari 1991 di Singapura. Berumur 30 tahun (2021).

3. Merupakan penyanyi, pelakon dan model.

4. Berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 2007.

5. Bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music BMG Malaysia.

6. Penyanyi lagu-lagu Pop, R&B, Pop Alternatif dan Jazz.

7. Anak sulung daripada tiga beradik.

8. Keluarganya berbangsa Melayu, namun mempunyai dar4h kacukan Arab.

9. Dua lagi adik perempuannya merupakan kembar seiras, iaitu Nur Ain Aziz dan Nur Aisyah Aziz atau Aisyah Aziz yang juga merupakan penyanyi kelahiran program realiti, Akademi Fantasia musim kesepuluh (AF2013).

10. Aliff mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Princess Elizabeth dan Sekolah Zhenghua.

11. Menempa populariti di usia 16 tahun selepas menjuarai program realiti TV, Anugerah.

12. Mempunyai empat album studio iaitu Aliff (2007), It’s Aliff’s Time (2010), Aliff Aziz (2012) dan Rebirth (2016).

13. Antara lagu-lagu hitsnya seperti Sayang Sayang, Cinta Arjuna, Jangan Ganggu Pacarku, Cinta, Kalau Cinta (duet bersama Joanna) dan banyak lagi.

14. Pernah membintangi drama Almari Ajaib, Khayalan, Antara Kita, Sepai, Tiara, Nurul Kasih, Epilog Cinta Khirana, Jodoh Musim 2, Di Sebalik Wajah, Meh Sandar Pada Aku, Meh Sandar Lagi, Melankolia, Halalkan Hati Yang Ku Cvri dan Sejuta Rasa Buat Adelia.

15. Juga telefilem Cinta Vlog, Gerhana, Tiga D0sa, Dia Ayahku, Raya Pak Pak Pong dan Love You Miss Pomen.

16. Tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

17. Mendirikan rumah tangga dengan adik kepada penyanyi Didi Astillah, iaitu Dayang Ara Nabellah Awang Astillah atau Bella Astillah pada 9 September 2016 dan sehingga kini perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Gegar Vaganza Musim 8 Akhir | Aliff Aziz

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

kredit: astro gempak, https://iluminasi.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment