Trending Dan Penuh Barakah, Ramai Idam Majlis Perkahwinan Seperti Heliza & Mahadi.

Minggu lalu ramai yang terkejut apabila penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi akhirnya selamat mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Meskipun hampir seminggu berlalu, cerita penikahan mereka masih lagi menjadi bualan ramai apatah lagi majlis perkahwinan mereka sungguh indah dan mengikut syariat Islam.

“Masih tidak boleh nak move on, suka sangat lihat majlis kahwin mereka sambil berangan diri sendiri di tempat Heliza,” komen seorang netizen.

“Kenapa aku pula yang rasa beria, adakah jodoh aku ialah lelaki yang ada janggut panjang seperti ini?” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Dalam pada itu, ramai yang impikan majlis perkahwinan seperti pasangan itu dan mungkin ramai akan mengikut jejak langkah mengadakan majlis penuh barakah seperti itu.

Terdahulu, pasangan itu bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pada majlis pernikahan itu, Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

Ramai Puji acara suap pulut kuning Heliza Helmi ikut sunnah “Biasa tengok acara suap menyuap berdiri…”

Perkahwinan selebriti dan aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi dengan pengasas kepada Founder dan Presiden AUF BMZ iaitu Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman pagi tadi sememangnya satu khabar gembira di awal tahun 2022 ini.

Srikandi yang kerap menyertai misi kemanusiaan baik dalam dan luar negara ini selamat bergelar isteri pada usia 35 tahun.

Ikut sunnah makan sambil duduk

Gambar dan video majlis pernikahan mereka telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata tertarik dengan momen bahagia pasangan ini kerana penuh dengan keberkatan.

Paling mencri perhatian adalah pasangan pengantin melazimi sunnah dengan duduk semasa menjamah pulut kuning yang disuap oleh pasangan.

Walaupun perkara tersebut merupakan hal kecil dalam sesebuah majlis perkahwinan, namun ia telah mendapat perhatian dan ramai yang meninggalkan komen dengan memuji tindakan berkenaan.

Dapat dilihat Heliza dan pasangannya bertukar tempat ketika mahu meyuap pulut kuning untuk dijamah.

Biasa tengok acara suap menyuap berdiri

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ada beberapa warganet telah meninggalkan komen ke atas video-video berkenaan. Mereka memaklumkan yang sunnah makan sambil duduk walaupun kelihatan kecil namun besar pahalanya.

Semoga perkahwinan yang terbina dengan penuh doa ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Tahniah Datin Sri Heliza Helmi dan Dato’ Sri Mahadi BZ.

Semoga perkahwinan bahagia hingga ke Jannah

Pengantin masih malu2

Sumber : kosmo.com.my, newstoday77.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber :https://liveconnection24.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment