Sharnaaz Ahmad Macam Ada Sesuatu Dengan Azira?

Umum mengetahui pelakon Sharnaaz Ahmad kini bergelar du.da. Sejak berpisah dengan bek4s isteri, usahawan Noor Nabila Mohd Noor dua tahun lalu, kehidupan dr4matis itu kelihatan normal, sama seperti anak seni lain.

Sungguhpun sibuk dengan karier sebagai pelakon dan juga Youtuber, Sharnaaz masih kerap dilihat menghabiskan masa dengan anaknya, Jebat Jayden yang kini sudah pun berusia empat tahun.

Walaupun rutin hariannya berjalan seperti biasa, namun, Sharnaaz tetap tidak terlepas dengan g0sip cinta. Sejak awal tahun lalu, Sharnaaz dikatakan sedang menjalani hubungan istimewa dengan penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz.

Namun, baik Azira mahupun Sharnaaz, masing-masing tidak mengaku tentang g0sip yang bertebaran itu.

Menerusi beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini, Sharnaaz berkata, dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa. Cuma, dia masih dalam proses mengenali kerana mahu mencari yang terbaik.

Kata Sharnaaz lagi, yang terbaik itu bukanlah untuk dirinya, tetapi untuk Jebat dan masa depan anaknya.

Bagaimanapun, us1kan nakal netizen tidak pernah berhenti. Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram, Azira memuat naik gambarnya yang sedang berada di tepi pantai. Pada ruangan kapsyen Azira berkata: “Bawak diri jap” tulisnya ringkas.

Menariknya, pada ruangan komen, Sharnaaz meninggalkan resposn: “Panas tu cik kak, gelap satgi,” ungkapnya.

KOMEN NETIZEN:

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bahtera yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercer4i pada 9 Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: Ig Azira

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment