“Tak Yah Ler Perasan Hebat Sangat”-Shahrulezad Titip Pesanan Buat Pelakon ‘Diva’

Pengarah dan penerbit Radius One Production, Shahrulezad Mohameddin mendedahkan hakikat sebenar sebagai seorang pelakon tidak akan kekal lama dalam industri seni sekiranya  mempunyai sikap berlagak “diva”.

Jangka Hayat Pelakon Terlalu Pendek

Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram, Shahrulezad menyifatkan jangka hayat seseorang aktor dan aktres sebenarnya terlalu pendek kecuali buat mereka yang sentiasa merendah d1ri dan mempunyai hubungan yang baik dengan industri seni.

“Hakikat sebenar nasib pelakon di dunia. Bukan sahaja di Malaysia. Life span seseorang aktor dan aktres tu sebenarnya terlalu pendek kecuali mereka yang selalu merendah d1ri dan mempunyai hubungan PR yang baik dengan industri (kecuali Amitabh Bachchan, Shah Rukh Khan dan Raj1nikanth).”-kongsi Shahrulezad

Titip Pesanan Buat Pelakon Berlagak “Diva”

Dalam pada itu, dia turut berpesan kepada pelakon yang berlagak bahawa mereka bakal digantikan dengan pelakon yang jauh lebih muda pada bila-bila masa.

“Bagi mereka yang berlagak diva semasa di zaman kehebatan kalian. Trust me you are sooo REPLACEABLE! So tak yah ler nak perasan hebat sangat sebab anytime jer korang boleh ditukarkan dengan pelakon yang jauh lebih muda walaupun kurang berbakat

dan bila masa tu muncul tak yah ler korang terpinga-pinga tertanya-tanya kenapa tak der tawaran yang mula menyapa d1ri. Tanya pada d1ri send1ri ‘imej’ yang korang tinggalkan pada industri. Pada kami warga belakang kamera ni.”-pesannya

Lebih Teruja Bekerjasama Dengan Artis Yang Bersikap Bagus

Kongsinya lagi, dia lebih teruja untuk bekerjasama dengan mereka yang bersikap  bagus berbanding selebriti yang berbakat besar namun menjengkelkan.

“Abam lagi teruja bekerjasama dengan artis yang mempunyai sikap yang bagus berbanding yang berbakat besar tetapi annoying. Abam takut abam tak ikhlas mengarah artis-artis begini.”- katanya lagi.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Terdahulu, Murai My melaporkan Shahrulezad tampil memberikan pesanan  terhadap segelintir artis-artis ‘pendek akal’ yang sengaja mencetuskan provokasi kononnya tanpa mendapatkan vaksin  masih boleh meloloskan d1ri menyertai produksi. Shahrulezad turut memberikan pesanan pada penerbit dan stesen televisyen untuk berhati-hati apabila berurusan dengan artis-artis sedemikian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Murai my

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment