Shuib Main Golf Dengan Permaisuri Agong, Siap Kena Usik Lagi

Siapa je tak kenal dengan Shuib kan? Kalau min nak cerita update pasal Shuib ni, uish… Banyak jugak tau!

Min yakin, sejak berita pemerglan isteri tercinta Shuib iaitu Siti Sarah, setiap gerak geri Shuib akan  menjadi tumpuan orang ramai. Ada juga yang kata Shuib sedang berkenalan dengan seorang wanita sekarang ni.

Walaupun sering dikaitkan dengan cerita-cerita cinta bersama beberapa artis wanita, nampaknya kehidupan harian Shuib tidak sedikit pun terganggu kalau dilihat menerusi perkongsian gambar-gambarnya di Instagramnya @shuibsepahtu.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Terkini, Shuib dilihatkan telah meluangkan masanya dengan bermain golf bersama dengan Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Wah, steady lah Tunku Azizah turun padang join Shuib!

Perkongsian video Reels yang dimuatnaik oleh Shuib sendiri itu mendapat lebih dari sejuta views. Gelagat Permaisuri yang bersahaja bergurau seperti ibu-ibu setiap kali Shuib ingin melakukan pukvlan golf.

Kalau korang kurang jelas dengan perbualan di dalam video tu, mungkin korang boleh tengok details percakapan mereka dalam video TikTok yang bawah ni…

Bukan itu je, dalam bersahaja Tunku Azizah bergurau dengan Shuib, Tunku Azizah juga boleh dikatakan ‘up-to-date’ dengan kisah cinta Shuib. Siap mention lagi salah sorang nama yang familiar dengan kita semua. Uish siapa tuuu?

Video

Aktiviti mereka berdua itu nyata mendapat perhatian orang ramai yang mana mereka mengatakan bahawa Shuib beruntung kerana dapat meluangkan masa bersama dengan kerabat diraja. Tak ketinggalan juga yang menyifatkan mereka seronok melihat Shuib yang kembali tersenyum.

Komen Netizen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : lobakmerah

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment