Shuib Suka W4nita M4nja Dan Pandai Nyanyi, “Andai K4hwin Lagi Semua Sebab Anak-Anak”

Sejak Siti Sarah meninggal dunia pada Ogos tahun lepas, tinggal Shuib seorang diri membesarkan Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

Ads by

Bagi melepaskan kerinduan, Shuib akan mendengar lagu dendangan arwah.

“Sejak arwah tiada, saya tiba-tiba suka dengar muzik dan hayati lagu, lalu datang pelbagai emosi. Kadangkala terfikir juga kenapa saya mahu membinasakan diri dengan mendengar lagu-lagu sedih.

“Tambahan, lagu-lagu arwah saya akan dengar sewaktu rasa terlalu rindu padanya. Dengar kembali lagu-lagu duet bersamanya akan buatkan saya teringat kembali momen kena marah di studio, reaksi dan senyumannya,” katanya kepada Kosmo.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Walaupun mungkin terlalu awal cakap tentang jodoh, Shuib sentiasa terbuka.

“Soal jodoh dan ajal, Allah yang tentukan. Jika saya kata, janganlah ambil Sarah cepat sangat, tetapi Allah tetap ambil jua. Begitulah juga dengan kehidupan saya pada masa depan. Saya tidak berani untuk cakap lebih-lebih mengenai soal jodoh.

“Jika esok lusa saya jatuh cinta dengan orang lain, jadi saya serahkan semuanya pada Allah. Saya pun sudah matang, andai berkahwin lagi pasti sudah tahu apa yang diinginkan dalam sebuah perkahwinan.”

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Tambahnya lagi, “Sebagai manusia, sudah fitrah kita ingin berkasih sayang dan ada yang menemani. Namun, saya lebih fikirkan anak-anak. Andai saya berkahwin semula, sebab utamanya adalah demi anak-anak.

“Mereka masih kecil dan perlukan kasih sayang seorang ibu. Terutamanya Talita yang saya lihat lebih banyak berdiam berbanding dahulu. Sebelum ini, dia selalu berkongsi cerita, pakaian dan alat solek bersama arwah ibunya.

“Walaupun saya cuba yang terbaik, pasti ada ruang-ruang kosong yang tidak mampu saya isi kerana saya lelaki, tidak memahaminya seperti mana seorang ibu. Cepat atau lambat jodoh, saya serah pada Allah.”

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Dalam masa yang sama Shuib mengaku suka wanita manja dan pandai menyanyi.

Semoga Shuib kuat dan jodoh segera datang untuk mengisi hatinya. Amin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:Cari

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment