Akhirnya Rumah Ada Pembeli. Sekali Shuk Bagi Tahu Lepas Rumah Dijual Ini Yang Dia Nak Buat Dengan Duit Sejuta Lebih

“Alhamdulillah, rumah saya sudah ada pembeli dan bayar wang pendahuluan,” kata pelawak dan pengacara popular, Shuk Sahar yang mahu menjual rumahnya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam dengan harga RM1.2 juta kerana memerlukan wang.

Shuk, 36, atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar ketika dihubungi berkata, keputusan dibuat bagi mengelakkkan dia berdepan kesukaran lain pada masa hadapan. “Kalau boleh saya malas nak komen panjang. Macam saya cakap pada sesi siaran langsung di TikTok, saya perlukan wang dan ingin buat sesuatu yang baharu.

“Saya memang sayang nak jual rumah itu, tapi saya takut tak mampu nak tanggung komitmen. Jadi, keputusan nak jual adalah jalan terbaik. Individu yang nak membeli sudah letak wang pendahuluan. Dia menghubungi ejen yang dilantik bagi urusan jual beli ini,” katanya kepada Harian Metro.

Shuk berkata, dia nekad menjual rumah itu selain perlu menjelaskan hutang kad kredit dan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). “Ya, saya memang nekad. Kalau saya tak bayar nanti, rumah kena lelong pula. Susah pula kan. Jadi lebih baik jual dulu. Duit yang dapat itu nanti saya nak selesaikan hutang seperti kad kredit dan cukai LHDN,” katanya.

Ditanya mengenai kerjaya seninya, Shuk berharap dia diterima semula dalam industri hiburan tanah air. “Saya harapkan kalau ada peluang dalam industri lagi, saya masih nak bekerja. Siapa yang tak nak kerja kan?” katanya. Terdahulu, Shuk dalam hantaran video dimuat naik pengguna di TikTok berkata, dia perlu menjual rumah itu bagi meneruskan kehidupan dan memulakan sesuatu yang baharu.

Dalam pada itu, status rumah tangga Shuk dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memfailkan perpisahan pada November tahun lalu. Ia selepas Shuk didakwa beberapa kali ‘kantoi’ berlaku tak setia dengan wanita bernama Farah Salleh. Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 dan dikurniakan dua anak iaitu NurQurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Sumber : HMETRO ONLINE

Teruk kena kritik dengan warganet. Kali ni Shuk Sahar nekad nak jual rumah demi kelangsungan hidup. Terkejut ini harga yang dia letak.

Kuala Lumpur – Nama pengacara dan pelawak Shuk Sahar tak pernah habis dilanda kontroversi. Baru-baru ini, Shuk mengaku dirinya sudah tak setia berkali-kali dengan orang yang sama. Mengakui tidak gembira dengan apa yang berlaku terhadapnya, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, berkata, tindak tanduknya bukan sesuatu yang wajar dijadikan contoh dan ikutan.

“Apa yang saya boleh cakap, satu saja tak best pun jadi macam aku tak best, tak happy dan bukan satu benda yang elok. “Yang mana nak minta tip tak setia, tak payah la. Itu yang hangpa tengok aku. Kebetulan aku, hangpa kenal dah boleh nampak apa benda yang aku buat. Boleh jadikan satu benda yang tak payah ikut pun,” kata Shuk.

Nak Jual Rumah

Selepas kontrak sebagai penyampai radio ditamatkan, Shuk sibuk menguruskan perniagaan minumannya. Terbaru, Shuk, 35, mendedahkan dia mengalami kesempitan kewangan untuk meneruskan kehidupan. Justeru, pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar nekad untuk menjual kediaman miliknya yang terletak di Denai Alam dengan harga RM 1.2 j.uta.

Saya nak jual rumah saya dekat Elmina Ferrea dengan harga 1.2 j.uta. Saya memang perlukan duit untuk teruskan kehidupan. Untuk saya mulakan buat perkara baru.. sebab itu perlukan duit. Kalau sesiapa yang berkemampuan, memang tengah cari rumah boleh DM saya.

Video Shuk berkongsi perkara tersebut menjadi tular di Tiktok selepas warganet memuat naik di platform itu. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Shuk untuk mencontohi penyanyi Aliff Aziz yang berbaik dengan isterinya, Bella Astillah selepas beberapa kali kantoi tak setia.

https://www.facebook.com/watch/?v=454985619662299

Dalam pada itu, ada segelintir pengikut yang berharap agar pelakon filem Adnan Sempit 2 berubah dan menjadi seorang lelaki yang setia dengan isteri tercinta. Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Sebelum ini, Rossa mendedahkan dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Shuk dan berada dalam proses untuk failkan perpisahan.

Kredit : OB/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Tular pasal kereta Shuk Sahar masuk dalam parit. Sekali ini pula respon isteri bila nampak wanita pakai bertudung hitam tu.

Sejak pagi tadi, video pelawak terkenal, Shuk Sahar bersama keretanya yang ‘terjun’ ke dalam parit tular di media sosial. Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok @afiqazman369 itu, kereta yang dinaiki Shuk terbabas masuk ke dalam parit namun pelawak berkenaan masih lagi mampu berseloroh dan terlihat selamat.

“Doa siapa yang dimakbulkan tu” Susulan daripada itu, komen-komen yang diterima juga agak sinis dengan bertanya doa siapakah yang sudah dimakbul sehingga kemalangan tersebut terjadi.

Sera pun beri respon. Selain daripada warganet, isteri Shuk juga turut memberi respon dengan memuat naik semula video tersebut berserta komen-komen daripada netizen yang ditingalkan di TikTok @afiqazman396 itu. Dia juga turut menyertakan beberapa hashtag #hidup3lapis #kanaknumburr #penangankurusi3lapis dengan emogi ketawa melihat situasi yang sedang berlaku.

Siapa yang tudung hitam tu. Tak hanya itu, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah juga sempat bertanya di ruangan Insta Story siapa wanita yang dilihat memakai tudung hitam di belakang pelawak tersebut dan mengesyaki bahawa ia adalah wanita ‘misteri’ yang tular bersama dengan suaminya tempoh hari.

Untuk makluman, video kereta yang dinaiki Shuk terbabas masuk ke dalam parit itu tular di media sosial pagi tadi selepas dimuat naik oleh seorang pengguna.Dalam video tersebut, Shuk sempat lagi bergurau ketika ditanya berkenaan kejadian yang berlaku. Difahamkan, kejadian berkenaan terjadi di Bukit Mertajam merujuk kepada komen yang dibuat orang awam.

Sumber: TikTok @afiqazman369, Instagram rossa.sera

Baru je tular rakaman Shuk dating. Kini kereta Shuk Sahar pulak termasuk dalam parit dan ini respon Shuk.

Nama usahawan Shuk Sahar tidak perlu diperkenalkan lagi selepas berulang kali terpalit dengan kontroversi panas yang melibatkan rumah tangganya dengan isteri, Rossa Sera.

Kereta dalam parit

Shuk menarik perhatian wargamaya sekali lagi selepas viral sebuah video di media sosial. Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok, kelihatan kereta milik Shuk terbabas ke dalam sebuah parit yang terletak di Tanah Liat, Bukit Mertajam, petang semalam.

Shuk, 36, turut dilihat ada di tempat kejadian sambil memerhati kereta jenis Myvi berwarna hitam diangkat naik ke atas jalan. Biarpun sedang diuji, pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar masih mampu ketawa dan membuat ‘lawak.’

Perkongsian itu telah menarik warganet untuk tinggalkan pelbagai komen dan respon di ruangan tersebut. Ada segelintir warganet yang mempersoalkan sejak bila pelawak ini menggunakan kereta Myvi sedangkan sebelum ini model berbeza. Selain itu, warganet turut menyeru pengguna lain untuk ‘tag’ akaun TikTok Sera supaya tahu tentang kejadian tersebut. Sumber: Oh bulan

Tular rakaman Shuk sahar dengan seorang wanita. Sekali warganet mula syak seseorang gara gara baju dan tudung wanita tersebut.

Sejak semalam, tiba-tiba tular sebuah video pelawak Shuk Sahar bersama seorang wanita di sebuah warung, namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar. Video tersebut pada mulanya dikongsi seorang warganet di TikTok sebelum dikongsi di beberapa platform media sosial lain.

Menerusi video tersebut, Shuk dilihat bersama seorang wanita namun wajah pasangannya itu tidak kelihatan kerana membelakangkan kamera. Menerusi pakaian yang dipakai, rata-rata warganet meneka wanita tersebut merupakan Fara Saleh, yang pernah dikaitkan dengan pelawak tersebut tidak lama dahulu.

Menerusi ruangan komen di akaun TikTok individu yang mula-mula berkongsi video tersebut, warganet mendkwa Fara ada memuat naik foto memakai tudung dan baju yang sama. Malah, mereka turut mendkwa Shuk dan Fara tidak pernah menamatkan hubungan mereka malah sering dilihat bersama.

Warga TikTok turut menanda nama isteri Shuk, Rossa Sera pada hantaran tersebut.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan video di FYP TikTok itu merupakan yang terbaharu ataupun lama. Video tersebut juga telah mendapat tontonan sebanyak 1.4 juta kali, 66 ribu tanda suka dengan 2011 komen dan lebih 1200 perkongsian.

Untuk info, kemelut rumah tangga Shuk dan isterinya masih masih belum menemui noktah walaupun sudah tiga bulan tidak sebumbung. Sera pada November tahun lalu dikatakan telah memfailkan perpisahannya, namun sehingga kini masih menjadi tanda tanya. Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan berusia 5 dan 2 tahun. Sumber : Gempak

Shuk Sahar Akhirnya Mengaku Dan Tampil Beritahu Cerita Sebenar Lepas Isteri Dikatakan Sudah Tawar Hati.

Itu antara luahan kekecewaan dan sakit hati isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah yang masih dibelenggu masalah dengan suaminya.Menerusi beberapa muat naik status InstaStory, Rossalennah mendedahkan, dirinya seperti sudah tawar hati dengan suaminya itu yang masih tidak serik dan terus bermain kayu tiga dengan wanita lain.

“Tiada siapa pun mahu pilih perpisahan. Seboleh-bolehnya si isteri ini bersabar walaupun perit, sakit, t.rauma tetap juga dia tempuhi. “Sayang sangat sebab peluang tak pernah dihargai. Mempersendakan perasaan dan hati yang sanggup memaafkanmu,” luahnya.

Ujar Rossalennah lagi, dia sudah tidak mahu lagi memaafkan suaminya itu atas masalah yang sepertinya tidak pernah menemui jalan noktah.

“Saya terkilan sebab saya masih mahu baiki dan bertahan lagi. Tetapi, Allah merancang sesuatu yang lain. Allah tidak izinkan kali ini untuk saya maafkannya. Sedih sangat tetapi bersyukur sebab Dia tunjukkan kebenaran.

“Ingat, jangan sebab anda dicintai, disayangi dan dimaafkan, sesuka hati memperlakukan hidup orang. Saya pun ada hati dan perasaan,” katanya.

Memberi bayangan perkahwinannya dengan Shuk atau nama lengkapnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, sekali lagi seperti retak menanti belah, Rossalennah tidak mahu lagi menerima sumpah suaminya yang berjanji banyak kali untuk berubah sebelum ini.

“K.ejamnya manusia yang sanggup bersumpah berjanji padahal sedang bersama yang lain. Tiada yang lebih z.alim daripada ini. Selama ini, saya percaya Allah bagi kekuatan untuk memaafkan sebab ini cara-Nya menjadikan saya kuat dan sabar mendepani masa depan,” tuturnya.

Shuk Beritahu Apa Yang Jadi

Tidak mahu memberi komen lanjut tentang kepincangan yang berlaku, Shuk mengakui memang ada m.asalah sedikit antara dia dan isteri dan mereka sedang mencari penyelesaian.

“Ada sikit salah faham dengan Sera tapi tiada apa yang serius pun,” katanya ringkas. Sekarang ini, Shuk berada di Seberang Perai , Pulau Pinang bagi mengembangkan perniagaan minumannya di sana.

Terdahulu, wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan Shuk, iaitu Fara Salleh mendedahkan lelaki itu masih tidak berhenti mengganggunya sehingga dia berasa rimas.

Tidak menyebut nama individu berkenaan, Fara bagaimanapun mengatakan lelaki tersebut menyertai t.abligh seolah-olah merujuk kepada Shuk yang juga baru-baru ini turut mengikuti jemaah berkenaan.

Menerusi muat naik dalam InstaStory sekitar pertengahan September lalu, Fara turut memuat naik gambar memaparkan bahagian belakang badan individu tersebut. Dia bagaimanapun bertindak memadam perkongsian itu selepas beberapa minit memuat naik gambar terbabit.

Terdahulu, Shuk beberapa kali ditangkap kerana masalah menjalinkan hubungan dengan wanita lain, namun atas dasar sayang dan masa depan anak-anak, isterinya itu memaafkan segala khilaf yang pernah dilakukannya. Kredit : Mstar

Selalu sangat buat hal. Isteri Shuk Sahar akui dah putus asa. Sebak rupanya ini yang terjadi pada rumahtangga Shuk.

Sebelum ini, rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah nyaris runtuh apabila pelawak tersebut dipercayai menjalankan hubungan bersama seorang wanita. Terbaharu, Rossa dilihat memuat naik beberapa Instastory di Instagram mengakui bahawa dia sudah tidak kuat untuk lalui perkara yang sama seperti terdahulu.

“Jahatnya manusia yang sanggup bersumpah berjanji padahal sedang bersama yang lain. Tiada yang lebih jahat daripada ini. Sakit sangat.” Rossa turut mengakui bahawa dia sudah tidak kuat untuk melalui semua perkara ini namun reda dan dia percaya bahawa semua berlaku ini adalah sebaik-baik perancangan Allah SWT.

“Aku terkilan sebab aku masih mahu baiki dan bertahan lagi tapi Allah merancang sesuatu yang lain. Allah tidak izinkan kali ini untuk aku maafkan lagi. Sedih sangat tapi aku bersyukur sebab Allah tunjukkan kebenaran.

Ingat, jangan sebab kamu dicintai, disayangi, dimaafkan kamu memperlakukan hidup orang sesuka hati. Dia pun ada hati dan perasaan. Doakan semoga urusan Sera dipermudahkan.” Dalam masa yang sama, Rossa turut mengatakan bahawa anak-anaknya merupakan sumber kekuatan untuk mempertahankan rumah tangga mereka meskipun sering menerima cacian serta makian daripada orang ramai kerana memaafkan suaminya.

“Anak-anak lah penguatku. Aku maafkan kau sebab aku selalu pandang wajah-wajah kecil ni. Orang caci aku, maki aku sebab maafkan kau panggil aku b*d*h, tak ketat sampai suami cari lain aku hadam je tapi kenapa sanggup buat lagi.”

Di Instastory lain, Rossa mengatakan bahawa tidak ada sesiapa pun yang ingin berpisah dan sebolehnya si isteri tetap bersabar walaupun perit dan trauma. “Sayang sangat sebab peluang tu tak pernah dihargai. Mempersendakan, perasaan dan hati yang sanggup memaafkan kamu.”

Ujarnya, dia sudah tidak mampu untuk memenangi hati suaminya lagi dan berterima kasih kepada wanita yang telah mengganggu rumah tangga atas ‘kesakitan’ yang dialami olehnya. ” Kepada si dia yang juga seorang wanita, terima kasih untuk semua rasa sakit ini. Aku harap kau tak lalui rasa sakit yang aku rasa ini sebab kau tak akan sanggup berdiri di sini.

Sumber: Oh Bulan

Banyak sangat terpalit dengan kontroversi. Sekali Shuk Sahar tampil buka kedai kopi tepi jalan dan ini sebabnya.

Bukan mudah untuk mendapatkan semangat bagi memulakan perniagaan ketika diri sedang dilanda kontroversi rumah tangga namun pelawak Shuk Sahar tetap bersyukur atas sokongan daripada rakyat Malaysia. Pernah dikritik gara-gara terpalit dengan isu cvrang, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata perniagaan kafe minuman miliknya iaitu Semooth Cafe tidak terjejas dengan apa yang berlaku.

“Sebenarnya empat bulan pertama memang agak mencabar sebab kena keluar duit sendiri dan saya sendiri terpak.sa turun pergi rumah ke rumah untuk buat kejutan hari lahir kepada pelanggan yang membeli minuman. Alhamdulillah… orang Malaysia semua baik-baik. Bila mereka tengok saya cuba buat sesuatu yang lain (berniaga) bersama keluarga, mereka lebih mendoakan dan menyokong. Malah, kawan-kawan saya pun ramai yang beri sokongan datang ke gerai saya.

“Perniagaan saya, Alhamdullilah tak terjejas pun dengan kontroversi yang berlaku dan Alhamdulillah juga kemelut yang berlaku pun sudah berakhir,” katanya.

Pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu ditemui ketika pelancaran gerai minumannya, SemootNgopi di Denai Alam, Shah Alam, Selangor pada Isnin. Sebelum ini, Shuk berdepan dengan kontroversi apabila dia didkwa berlaku cvrang terhadap isterinya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Bila mereka tengok saya cuba buat sesuatu yang lain (berniaga) bersama keluarga, mereka lebih mendoakan dan menyokong.

Sekitar awal Ogos lalu, konflik itu seakan-akan tidak berpenghujung apabila wanita terbabit menddahkan satu salinan lapo.ran po.lis berhubung dkwaan kes c4bul melibatkan pelawak itu.

Enggan membiarkan dkwaan serius itu terus menjadi bualan ramai, Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau dikenali sebagai Sera membuat lapo.ran po.lis terhadap Fara di Balai Po.lis Setapak, Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu. Dalam pada itu, bercerita tentang perniagaan baharunya, Shuk yang membuka sebuah gerai kecil menjual air kopi di tepi jalan itu berkata, bisnes tersebut juga bertujuan membantu orang ramai yang terminat untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil.

“Idea untuk buka kedai kopi ini daripada isteri saya yang sememangnya minat dalam bidang perniagaan. Kita tengok ramai peminat kopi ni, jadi datanglah idea untuk buat kedai kopi tepi jalan.

“Bila dia bagi idea, saya bincang dengan rakan kongsi untuk buka kedai kecil macam ni. Selain itu, kami juga membuka peluang kepada peniaga kecil. Sebagai contoh, mereka ada modal kecil untuk mula berniaga. Jadi, kita bantu peniaga kecil dengan hanya bermodalkan RM4,000, mereka boleh buka kedai kecil dan kami akan sediakan sembilan jenis kopi dan satu air berperisa coklat untuk mereka terus mula berniaga,” ujarnya. Sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : https://greatdailynews.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment