Kenali Siapa Sebenarnya Isteri Caprice, Netizen B0ngkar Farra Inalis Bukan Calang2 Orang

Foto penyanyi rap Caprice yang difahamkan telah selamat bernikah terus menjadi buah mulut netizen. Tiada angin tiada ribut, gambarnya yang sedang menyarung cincin di jari manis seorang gadis mencetuskan pelbagai pertanyaan netizen.

Terbaharu, identiti wanita yang didakwa telah dikahwini Caprice pula berjaya dibongkar netizen.

Difahamkan wanita terbabit yang bersama Caprice dalam foto yang tular itu merupakan seorang usahawan yang berasal dari negeri di Pantai Timur bernama Farra Inalis, 26.

Menerusi keterangan di profil Instagramnya, wanita itu turut dikenali dengan nama panggilan Elis dan mengikuti akaun Instagram Caprice.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Elis turut berkongsi beberapa video sepanjang majlis berlangsung. Salah satunya merupakan videonya menggenggam tangan seorang lelaki.

Tulisnya ringkas; “New life, new chapter.”

Sementara itu, di akaun Instagram @signbycap pula, sepotong video boomerang sepasang pengantin mirip Caprice dan

Elis turut dikongsikan oleh pengendali akaun berkenaan.

Umpama mengesahkan berita gembira itu, Caprice turut berkongsi sepotong video daripada majlis pernikahannya bersama Elis di akaun Instagramnya sekitar 8.30 malam tadi.

“Halal. Maaf kerana sudah 40 hari saya menyepikan diri. Pelbagai perkara yang telah saya lalui dan saya akan berkongsi dalam waktu terdekat ini,” katanya.

VIDEO :

Gempak masih cuba mendapatkan kenyataan daripada Caprice.

Pengurus peribadi Caprice, Aiman mengesahkan penyanyi rap itu selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Farra Inalis.

Menurut Aiman, dia juga mendapat tahu mengenai berita gembira itu menerusi hantaran yang dikongsi oleh anggota kumpulan DeFam, Azira Shafinaz.

“Ya… Alhamdulillah dia dah kahwin. Saya pun dapat tahu menerusi gambar Azira hari ini. Secara jujurnya saya tidak tahu dia berkahwin. Sebab saya dapat info dua tiga hari lepas dia kahwin tetapi benda itu tidak sahih.

“Jadi bila anda semua dah nampak gambar daripada Azira, Caprice menyarungkan cincin kepada isterinya maknanya betullah dia berkahwin.

“Lagipun saya juga tidak berada di tempat kejadian sebab sedang bercuti,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Berbicara mengenai suri hati Caprice, Aiman memaklumkan wanita itu berasal dari Kelantan.

“Saya kenal isterinya dan dia baik orangnya. Dia berasal daripada Kota Bharu, Kelantan. Cara mereka berkenalan itu mungkin secara tidak langsung.

“Isterinya itu merupakan seorang Instafamous tetapi dalam hal yang berkaitan dengan perniagaan bukan Instafamous dalam industri kita,” jelasnya.

Dalam pada itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram, Caprice baru sahaja mengesahkan berita perkahwinannya.

Hantaran tersebut merupakan video pendek yang merakamkan momen manis bersama isterinya.

Selain itu, Caprice juga memaklumkan akan berkongsi kisah lanjut mengenai hal perkahwinannya.

“Maaf saya telah tiada lebih dari 40 hari sekarang. Macam-macam yang saya lalui. InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan kongsikan apa yang berlaku.

“Sila ikuti @signbycap untuk semua posting saya selepas ini kerana saya tidak dibenarkan untuk menggunakan ‘Caprice’ dan IG ini buat beberapa ketika.

“Saya buat posting secara umum ini untuk blogs / wartawan / berita yang cuba menghubungi saya dari tadi.

“Maafkan saya atas segala kesulitan. InsyaAllah saya akan kongsikan kisah lanjut di @signbycap dan kembali dengan lebih baik,” maklumnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment