“Saya Datang Membawa Hajat” Kec0h Pasal Kerja Cuci Pinggan, Sekali DSV Singgah Rumah Ashira Pukul 3Pagi

VIDA MINTA M4AF KUNJUNGI RUMAH ASHIRA & BAD PADA 3 PAGI, HULUR BANTUAN

“Tuan rumah, minta maaf, pukul 3 pagi juga kita sampai rumah, walaupun niatnya baik nak bagi Ashira tak payah cuci pinggan lagi. Tak tahu lah tuan rumah nak cakap apa.

“Saya datang melawat Ashira dan Bad ni, pada mulanya saya ingatkan Bad seorang yang ser1us, tapi sebenarnya boleh masuk Maharaja Lawak lah! Boleh masuk sebab memang lawak sungguh orangnya.

“Saya cab4r Maharaja Lawak untuk ambil Bad, patut bagi job dekat Bad lah,” itulah kata usahawan k0ntr0versi Datuk Seri Vida (DSV) menerusi sebuah video di akaun Instagram miliknya dimana dia meminta maaf kepada pasangan penyanyi Ashira dan Bad Indigo apabila mengunjungi rumah mereka pada jam 3 pagi baru-baru ini.

Vida datang ke rumah pasangan tersebut untuk meluahkan pandangannya bahawa Ashira tidak perlu bekerja mencuci pinggan di sebuah restoran milik rakannya seperti yang tular sebelum ini.

Ashira yang menyambut kedatangan Vida itu membalas dengan berseloroh: “DSV ni memang suka kacau orang lewat lewat macam ini ya? Pukul 3 pagi,” ujarnya.

Kemudian Vida menyambung, katanya Ashira boleh mencuba cara atau jalan lain selain bekerja membasuh pinggan:

“Saya rasa tak layak Ashira cuci pinggan, jangan cuci pinggan lah Ashira, saya datang ni membawa hajat, hajatnya jangan cuci pinggan, Insya-Allah kita ada jalan, faham tak Ashira?” tambahnya.

Dalam video itu juga, Vida telah menghulurkan bantuan seikhlas hati dalam dua sampul surat yang dihulurkan kepada pasangan tersebut.

Terdahulu, MENYIFATKAN hanya mencemarkan kerjaya sebagai artis, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida meminta penyanyi Ashira berhenti daripada mengambil upah mencuci pinggan di kedai makan.

Kata Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 51, walaupun tidak berniat untuk menghina kerjaya berkenaan namun menurutnya Ashira tidak sepatutnya merendahkan imej sendiri dengan melakukan kerja-kerja berkenaan.

“Saya cakap pada Ashira, dia cantik… you cannot downgrade yourself dengan kerja mencuci pinggan.

“Tak elok la kerana dia artis dan ada banyak lagi kerja yang dia boleh buat selain daripada itu. Tapi Ashira kata tak apa, dia nak tolong kawan katanya.

Komen Vida mendapat reaksi negatif daripada netizen di Instagram.

“Kerja mencuci pinggan itu tak salah. Cuma dengan kebolehan, kemahiran dan wajah yang jelita itu ada lagi kerja lain yang lebih sesuai dengannya,” katanya kepada mStar pada Rabu.

Sebelum itu mStar menyiarkan kenyataan Ashira atau Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, menjelaskan tentang kerja sambilan yang dilakukannya secara suka-suka.

Ujar Ashira dia bukan bekerja secara tetap sebaliknya hanya diberikan ‘token’ selepas menolong rakannya yang mengusahakan kedai makan pada setiap hujung minggu.

Bagaimanapun penjelasan Ashira itu tidak disenangi Vida apabila dia meninggalkan komen di Instagram mStar mengatakan sudah memberi amaran kepada Ashira agar berhenti daripada bekerja mencuci pinggan.

“Saya dah bagi amaran kat isteri Bad Indigo ni, tak payah la kerja tu. Awak tu cantik, lembut dan sopan.

“Kesian tau, level artis kena kerja cuci pinggan,” tulisnya.

Kerana saya kesian dengan dia, Ashira seorang yang ikhlas dan baik… lalui dugaan seperti ini dalam rumah tangga.

Komen tersebut mendapat reaksi negatif daripada netizen yang menganggap kenyataan Vida itu menghina pekerjaan pencuci pinggan.

Bagaimanapun, Vida berkata dia hanya mahu yang terbaik buat Ashira.

“Jangan bersikap skeptikal dengan kenyataan saya memberi amaran itu. Bukan nak menghina orang yang kerja mencuci pinggan.

“Tetapi saya sendiri melihat Ashira mempunyai banyak potensi untuk melakukan kerja lain,” katanya.

Dalam pada itu, Vida yang juga penaja program realiti Gegar Vaganva musim ketiga (GV3) berkata, dia merancang untuk melakukan sesuatu bagi membantu meringankan beban Ashira dan suami.

Namun, dia belum sedia mendedahkan rancangannya buat masa ini bagi mengelakkan pandangan serong masyarakat.

Bad kini memerlukan ‘walker’ untuk membantunya berjalan.

“Saya ada plan untuk lakukan sesuatu bersama Ashira. Tetapi kalau saya cakap nanti orang kata nak ambil kesempatan untuk berniaga, jadi kita tunggu dan lihat sahaja.

“Kerana saya kesian dengan dia, Ashira seorang yang ikhlas dan baik… lalui dugaan seperti ini dalam rumah tangga.

“Bad pula mungkin ada kebaikan yang dia buat kerana dikurniakan seorang isteri yang baik seperti Ashira yang sentiasa memberi sokongan moral pada saat-saat ini,” ujarnya.

Pada 30 November lalu, mStar melaporkan Bad atau nama sebenarnya Badrol Izhan Yeop Abdullah, 46, berdepan kesukaran apabila lima jari kaki terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes.

Bad berkata, dia terpaksa berjalan menggunakan ‘walker’ bagi membantu pergerakan.

SUMBER: MSTAR    via MEDIA VIRAL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment