Suami Lana Nodin Hantar Surat Tuntutan, Sekali Ini Jawapan Slamber Michael Ang

Pengarah dan penerbit sensasi, Michael Ang tidak mahu mengulas lanjut mengenai tindakan suami kepada pelakon Lana Nodin iaitu David Mackienzie yang mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan kepadanya selepas didakwa mengeluarkan kenyataan salah terhadap isterinya.

Michael sebaliknya masih menanti surat yang dimaksudkan.

“Tiada apa komen mengenainya. Saya tunggu sahaja surat sam4n dia,” katanya ringkas kepada Gempak.

Michael dihubungi oleh Gempak selepas pasangan itu dilaporkan mahu menghantar surat tuntutan kepada pengarah berkenaan.

Dalam pada itu, Michael turut memberitahu dia akan bersedia dengan peguamnya jika surat itu sudah diterima.

Terdahulu, Lana menerusi perkongsian di Instagram menempel4k Michael yang dikatakan telah masuk campur di atas kenyataannya berkaitan mengkrit1k Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Perbalahan itu tercetus selepas Michael didakwa telah melabel Lana sebagai seorang yang ‘bimbo’ dan tidak menyokong petugas barisan hadapan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:GEMPAK

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment