“Hahaha…”- Suara Tokti Sebut ‘Beri Laluan Jerung Merah Nak Lalu’ Dipuji Merdu

Rasanya ramai yang sudah tidak asing lagi dengan ungkapan, “Beri laluan, beri laluan, Mommy Jerung Merah nak lalu ni boh.” Malah gara-gara tagline tersebut, penyanyi baharu yang dikenali sebagai Sofiaa Marieylla semakin terkenal.

Biarpun begitu, disebabkan Sofiaa Marieylla dilihat bersama penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam satu perkongsian di nama akaun, sofiaamarieylla membuatkan mereka berdua mencvri tumpuan warga TikTok

Mana tidaknya, gelagat Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra disapa Tokti itu dalam pada masa yang sama mencuit hati peminat apabila dia menyebut tagline popular, “Beri laluan, beri laluan, Mommy Jerung Merah nak lalu ni boh.”

Video Sofiaa Marieylla bersama Tokti itu bagaimanapun dengan pantas mendapat perhatian warga TikTok apabila berjaya mengumpul lebih 100,000 kali ditonton oleh ramai.

Selain itu, lanjutan daripada perkongsian video tersebut pula ruangan komen juga dihujani dengan respon sama oleh kebanyakan warganet.

Video:

Ini kerana, suara Tokti yang menyebut tagline tersebut sahaja sudah merdu didengar oleh orang ramai sehingga bermacam-macam pujian ditinggalkan warganet terhadap penyanyi kesayangan ramai itu.

“Hahaha sebut jerung merah pun sedap”

“Datuk Siti cakap nak lalu pun sedap”

“Ambil aura sikit, minggu ni nak nyanyi lagu Tokti”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : HCL    via APPLE HIJAU

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment