Peminat Suruh Sam4n Ajai, Sekali Iqbal Luah Segalanya “Walau apa pun kata Ajai, itu tak bermakna saya akan…’

TERSINGKlR pada minggu kedua program nyanyian Big Stage 2022, usahawan kontr0versi Ahmad Iqbal Zulkefli mengakui kecew4 kerana tidak dapat meneruskan saingan dalam pertandingan nyanyian itu.

Menerima keputusan juri dengan hati terbuka, Iqbal, 28, berkata dia meletakkan harapan untuk kekal berada dalam program tersebut dan melakukan yang terbaik semasa persembahannya itu.

“Sejujurnya sedikit kec3wa tersingkir… saya ada letak harapan nak kekal dan teruskan menyertai program ini. Saya pun sedang belajar dan baru nak panas, rasa selesa bekerjasama dengan semua orang termasuk peserta lain yang sebaya dengan saya, kami baru nak rapat.

“Tapi nampaknya tak ada rezeki untuk saya teruskan, saya pun sedar mungkin akan ters1ngkir sebab tu saya buat yang terbaik di konsert minggu kedua.

“Secara keseluruhannya saya bangga dengan diri sendiri, saya melangkah berani dan semua orang di dewan beri sorakan meraikan saya.

“Alhamdulillah ramai dah mula suka dan nampak semangat saya, mereka puji kata saya berjiwa kental dan merendah diri. Memang ramai yang mesej beri kata semangat,” katanya kepada mStar.

Iqbal terima komen Ajai dengan hati terbuka.

Pada konsert minggu kedua, Iqbal yang menyanyikan lagu Ketahuan mendapat markah tercorot iaitu 9.2 peratus sekaligus g4gal meneruskan perjuangan.

Menurut juri tetap iaitu Ajai, nyanyian Iqbal kedengaran berterabur selain tidak dikurniakan bakat sebagai seorang penyanyi.

Saya okay sahaja, menerima dengan hati terbuka dan serap semua komen yang diberi oleh orang yang lebih lama dan berpengalaman dalam industri

IQBAL ZULKEFLI

PESERTA BIG STAGE 2022

“Kamu tak berbakat dalam nyanyian. Bakat ini adalah pemberian… straight to the point. Walaupun berduit, tapi bakat tak boleh beli dengan duit. Allah yang kurniakan.

“Awak tak dilahirkan sebagai penyanyi… ada rezeki lain. Allah maha adil, dia berikan rezeki lain-lain. Mula-mula saya beri lima tapi nyanyian belakang terabur. Awak pun tahu, tempo terabur,” komen Ajai.

Iqbal tidak akan berhenti menyanyi.

Mengulas mengenai komen pedas juri itu, Iqbal mengakui tidak terasa hati dengan krit1kan berkenaan, namun menegaskan sama sekali enggan berhenti mengejar cita-cita sebagai penyanyi.

“Saya tak sentap, okay sahaja, menerima dengan hati terbuka dan serap semua komen yang diberi oleh orang yang lebih lama dan berpengalaman dalam industri.

“Walaupun ada penyokong saya mar4h di laman sosial dan minta saya sam4n Ajai kerana komen begitu tapi saya terima daripada sudut positif sahaja. Meskipun pedih tapi saya kena reda dengan komen yang diberikan juri.

“Walau apa pun kata Ajai, itu tak bermakna saya akan berhenti, kata-kata itu tidak akan membuatkan saya putus asa atau berhenti daripada menyanyi. Saya bukan nak jadi hebat cuma saya berminat untuk belajar lebih lagi mengenai muzik dan mahu jadi seorang penghibur.

“Saya tak mahu pertikaikan komen juri itu tapi sejujurnya saya tak boleh berhenti menyanyi, kata-kata itu sama sekali tidak menutup minat saya. Saya akan tetap teruskan minat ini. Kalau boleh saya nak galakkan semua orang belajar vokal bukan semata-mata untuk jadi penyanyi tapi kerana ilmu dan minat,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment