“Kenapa Perlu Bercinta Lagi.. “Syafiq Kyle Mula ‘B0san’ Dengan Mimi Lana

PELAKON Syafiq Kyle berkata dia mula b0san untuk digandingkan dengan aktres Mimi Lana sebagai pasangan kekasih dalam drama.

Menurut Syafiq, 27, sudah sampai masanya dia dan Mimi ‘menapis’ setiap tawaran yang diberikan sekiranya terdapat mana-mana produksi mahu mereka muncul dalam satu karya yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat teruja foto mesra Mimi Lana dengan Syafiq Kyle “Tak perlu tanya lebih-lebih, beritahu umum itu dah memadai”

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana Sangka Kerjaya Musn4h Selepas Direm4n Akibat D4dah

Jelas Syafiq lagi, hubungan dia dan Mimi sebagai pasangan kekasih juga membuatkan dia lebih memilih.

“Jika diberi peluang untuk berganding dengan Mimi, saya memilih untuk membawa watak berbeza selain romantik.

Syafiq inginkan watak yang lebih mencabar sekiranya digandingkan bersama Mimi dalam sesebuah drama.

“Kami sudah b0san melakonkan adegan-adegan percintaan. Kami sedang bercinta, kenapa perlu bercinta lagi dalam set penggambaran?

“Hakikatnya kami boleh bagi lebih daripada watak pasangan bercinta… mungkin sebagai pasangan kembar tak seiras. Kami nak dalami lebih banyak watak lain walaupun berlakon bersama,” katanya kepada mStar.

Selain itu pelakon Bukan Cinta Aku ini menjelaskan bahawa dia dan Mimi ingin mencabar kemampuan diri masing-masing untuk membawa watak lain selain pasangan yang bercinta.

“Kalau drama untuk saya bercinta dengan pelakon wanita lain tiada masalah, sebab saya tak kenal.

Kalau gandingkan saya dengan Mimi, saya nak sesuatu yang lebih.

“Tapi kalau gandingkan saya dengan Mimi, saya nak sesuatu yang lebih,” katanya.

Dalam pada itu, Syafiq memberitahu dia belum mempunyai apa-apa perancangan dalam hubungan cinta dengan Mimi kerana mahu fokus dalam kerjaya.

“Buat masa ini kami tak ada plan apa-apa lagi. Mimi pun masih muda, baru 24 tahun.

“Kalau dia kahwin pada umur sekarang, saya tak nak matlamatnya jadi terbatas. Jadi biarlah kami pilih untuk fokus pada karier masing-masing dahulu,” katanya.

Sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber :www.dnq.pw

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Leave a Comment