Selepas 27 Hari, Syida Melvin Akhirnya Ded4h Wajah Penuh & Nama Baby

Setelah hampir sebulan melahirkan cahaya mata kedua, usahawan yang juga merupakan adik kepada pelakon, Syatilla Melvin, Syida Melvin akhirnya mended4hkan wajah penuh bayi perempuannya buat tatapan umum.

Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Syida memaklumkan dia dan suami telah pun bersepakat untuk menamakan anak mereka itu Sara Sajedda.

Menurut Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, nama tersebut sebenarnya merupakan hasil gabungan daripada nama-nama yang dipilih olehnya dan juga suami.

“MASHAALLAH, Assalamualaikum my second child, my princess, SARA SAJEDDA, one who is a devout worshiper of Allah.

“Cda suka nama Sara. Lembut je dengar, and nama Sajedda diambil sempena nama Aunty side daddy dia, Sajida,” tulisnya.

Jelas Syifa lagi, dia berharap agar anak keduanya itu dapat membesar menjadi anak yang solehah serta menjadi penyejuk hati buat ibu dan ayah.

“Harini Cda baru first time reveal @sarasajedda ibu ni. Muka Sara dah banyak ikut muka Pia, rasa mcm tengah berpantang kat Pia sebab muka depa sama.

“Sara ibu baru 27 hari. Semoga Sara membesar menjadi anak yang solehah, taat kepada Allah dan dengar cakap orang tua okay,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Syifa dan suami.

Komen netizen :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiria

Leave a Comment