Syifa Melvin Makan Malam Istimewa Dengan Seseorang Menjadi Tanda Tanya Netizen

Pelakon, usahawan dan adik kepada Syatilla Melvin, Syifa Melvin menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-28 pada hari ini.

Menerusi laman sosial Instagram, Syifa memuat naik sekeping foto sedang menikmati makan malam bersempena hari lahir di sebuah hotel mewah untuk tatapan umum.

Namun apa yang menarik perhatian, ada netizen meneka makan malam romantis tersebut disambut bersama kekasih hati yang juga pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid.

Menerusi perkongsian di IG Story, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin dilihat berkongsi hidangan yang dinikmatinya dan terlihat kelibat seorang lelaki di hadapannya memakai baju merah jambu.

Meninjau ke IG Safawi, pemain asal Terengganu itu turut berkongsi sebuah foto memakai pakaian yang serupa di ruang restoran hotel berkenaan.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh SM (@syifamelvin)

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh SAFAWI RASID (@safawirasid29)

Sementara itu di ruangan komen foto Syifa dan Safawi, ramai wargamaya meninggalkan komen dengan mengusik pasangan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar hubvngan mereka disatukan ke alam perkahwinan.

Reveal orang yang amik gambar please. Happy birthday Syifa,” tulis seorang wargamaya.

“Sannah helwa Syifa. Semoga dalam keberkatan dan rahmat Allah, ditemukan dengan jodoh yang soleh, baik & pandai bermain bola,” doa seorang wargamaya.

Early birthday celebration ke tew,” usik seorang wargamaya.

Celebrate birthday someone ke tu?” tanya seorang wargamaya.

“Alamak baru tengok story Syifa terus scroll feed tiba tiba macam baju pink sama avch,” ujar seorang wargamaya.

Dating dengan @syifamelvin,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian Syifa mendapat hampir 13,000 manakala Safawi menerima lebih 60,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Terdahulu, Syifa dikatakan menja4in hubvngan dengan pemain berusia 25 tahun itu, namun tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment