Fazeera Nampak Baby Bump? Tahniah Fizo Omar

FOTO dan video percutian Fizo Omar bersama keluarga menjadi perhatian apabila netizen mula mengesyaki isteri pelakon itu iaitu Fazeera Nazri kini sedang h4mil.

Menerusi ruangan komen pada foto berkenaan, beberapa netizen bertanya tentang kehamilan dan ‘baby bump’ yang kelihatan pada perut isteri Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36.

“Maryam dah nak ada adik ke?

“Nampak macam baby bump,” antara komen dan pertanyaan peminat.

Lebih menguatkan lagi spekulasi itu, perkongsian video di Instagramstory kakak Fizo iaitu Wan Diana Wan Omar juga seakan-akan memberi bayangan tentang hal tersebut.

Maryam dah nak ada adik ke?

NETIZEN

“Aunty Fazeera okey?” soal Wan Diana.

“Baby Faz okey…” jawab Fazeera.

Sementara itu, usaha mStar mendapatkan komen Fizo belum berhasil apabila pelakon berkenaan tidak memberi sebarang jawapan.

Antara komen netizen

Sekiranya benar isteri Fizo sedang h4mil, didoakan agar kandungan berkenaan membesar dengan sihat dan selamat.

Fizo dan Fazeera bernikah pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Fizo. Dia pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 namun bercer4i pada Julai 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment